Connect with us

Mengapa Maajun di Haramkan oleh KKM?

Kehidupan

Mengapa Maajun di Haramkan oleh KKM?

Pernahkah kita mendengar sejenis ubat atau makanan tambahan yang dipanggil maajun? Rupanya adalah seperti bebola berwarna hitam. Ramai penjual maajun yang mengatakan bahawa ubat maajun ini adalah raja kepada segala sakit saraf. Apabila memakannya hilang rasa sengal dan lenguh-lenguh badan. Malah para ibu yang dulu sembahyangnya duduk kini sudah boleh berdiri. Ini adalah antara testimoni yang memang terbukti dikalangan penggunanya.

Walaupun begitu produk maajun yang sebenarnya telah lama ada di pasaran ini banyak darinya telah di tarik atau dibatalkan kelulusan oleh kementerian kesihatan untuk tujuan penggunaannya. Antaranya adalah maajun dua istimewa, maajun syafiq 3 istimewa, maajun taufik 2 istimewa, maajun penawar tulang sendi, pil resdung, raja ubat resdung, dan banyak lagi.

Banyak daripada maajun-maajun ini telah dibatalkan kelulusannya untuk berada di pasaran kerana mempunyai kandungan steroid. Walaupun begitu ini bukanlah steroid yang digunakan oleh banyak ahli bina badan untuk tujuan membentuk otot-otot badan. Apa yang mereka guna itu adalah steroid testosteron, manakala yang terdapat dalam maajun pula adalah steroid kortikosteroid.

Steroid jenis ini mempunyai sifat anti radang dan banyak digunakan oleh pesakit asma dan artritis. Kortikosteroid juga turut digunakan dalam rawatan termasuk lupus, ekzema, psoriasis, dan elergik. Ia juga turut diberikan kepada pesakit yang menerima pemindahan organ untuk mengelakkan penolakan organ baru oleh badan pesakit.

Ramai orang yang mengamalkan pemakanan maajun ini berasa ia adalah ubat yang mujarab tanpa memikirkan tentang kesan sampingan jangka masa panjang yang mungkin lebih serius. Biasanya steroid ini digunakan oleh doktor dan pengamal perubatan moden kepada pesakit dengan kawalan dan pemantauan. Biasanya doktor akan menurunkan jumlah dos steroid yang diperlukan oleh seseorang pesakit dari hari pertama hingga hari sebelum ia berhenti mengambilnya.

Prosedur ini amatlah penting kerana pengambilan steroid ini boleh mendatangkan kesan sampingan jangka panjang seperti kerapuhan tulang, penurunan sistem imunisasi, dan bacaan gula dalam darah juga akan menurun dan menaik secara tidak teratur. Manakala untuk kesan sampingan jangka pendek pula adalah pertambahan berat badan dan muka menjadi sembam selain keguguran rambut dalam tempoh pengambilan steroid bagi yang lelaki.

Sama juga seperti lain-lain ubat, pengguna akan merasa pening dan mual selepas mengambil steroid. Mereka yang pernah mengalami gastrik, perokok, atau pengambil alkohol berpotensi besar mendapat ulser di organ pencernaan seperti perut dan usus. Selain mampu merosakkan buah pinggang, pengguna steroid juga terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top