Connect with us

10 Jenis Orientasi Seksual

Kehidupan

10 Jenis Orientasi Seksual

Lumrah manusia dijadikan di atas muka bumi mempunyai nafsu. Dalam erti kata lain adalah keinginan seksual. Seksual adalah satu keinginan dan mungkin boleh menjadi keperluan bagi sebahagian orang. Jangan pula beranggapan perkahwinan boleh jadi sebagai sebab orang memenuhi keperluan seksualnya, kerana banyak lagi faktor kepada perkahwinan.

Tahukah anda terdapat 10 jenis orientasi seksual. Orientasi seksual ini bermaksud adalah kepada siapa kita tertarik. Yang pertama sekali adalah heterosexual. Orientasi ini adalah merujuk kepada individu yang tertarik dengan jantina yang berlawanan dengannya. Inilah lumrah dan fitrah manusia dijadikan berpasangan lelaki dan perempuan.

Yang kedua pula adalah homosexual. Orientasi ini merujuk pula kepada orang atau individu yang tertarik dengan jantina yang sama dengannya. Dari sini terpecahlah pula golongan gay dan lesbian. Yang ketiga pula adalah bisexual. Orientasi ini merujuk pada individu yang boleh suka pada lelaki dan perempuan pada masa yang sama. Walaupun begitu bukanlah bermakna mereka mempunyai rasa tertarik kepada lelaki dan perempuan secara seimbang kerana ada juga yang dari golongan ini memilih kecenderungan untuk terlihat seperti heterosexual atau homosexual.

Keempat adalah pansexual. Golongan ini adalah yang boleh suka kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan tetapi bukanlah atas dasar seksual. Kebanyakan golongan ini akan tertarik pada seseorang itu kerana personalitinya. Kelima adalah asexual. Golongan ini adalah orang yang tiada keinginan seksual yang menariknya pada seseorang. Jadi orang seperti ini boleh tertarik pada hal-hal lain seperti emosi, kecantikan, sentuhan, personaliti, dan sikap.

Keenam adalah graysexual. Golongan ini mempunyai keinginan seksual yang sangat rendah atau hanya kadang-kadang. Ketujuh pula adalah gynosexual. Golongan seperti ini pula adalah golongan yang tertarik pada seseorang yang feminin tak kira ia lelaki atau perempuan. Lawan pada gynosexual pula adalah androsexual iaitu orang yang tertarik dengan golongan yang maskulin tidak kira lelaki atau perempuan.

Yang kesembilan pula adalah autosexual. Golongan seperti ini adalah golongan yang hanya tertarik pada dirinya sahaja. Tiada sesiapa pun yang dapat memuaskan keinginan seksualnya melainkan hanya dirinya sahaja. Yang terakhir sekali adalah pomosexual. Orang seperti ini adalah orang yang tidak ingin dilabelkan pada mana-mana orientasi seksual.

Kesimpulannya, artikel ini hanya menerangkan tentang orientasi seksual yang wujud dalam dunia ini. Janganlah kita lari daripada fitrah dan kejadian manusia. Pastilah bersebab mengapa kita dijadikan lelaki dan perempuan. Tanpa tarikan seksual yang normal, generasi manusia tidak akan dapat diteruskan.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top