Connect with us

Mencari Pasangan Sehidup Semati

Kehidupan

Mencari Pasangan Sehidup Semati

Pada masa kini kita dapati ramai orang muda yang memilih untuk berkahwin pada usia yang agak lewat iaitu antara 28 – 38 tahun. Tidak seperti orang-orang pada masa dulu yang berkahwin seawal usia 18-25 tahun. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku antaranya atas faktor ekonomi, kesibukan bekerja, dan masalah rumah tangga yang semakin meningkat menjadikan orang fobia untuk berumah tangga.

Adakah seseorang itu perlu mengambil langkah sendiri dengan mencari jodoh yang menyukai kita berbanding mencari orang yang kita suka? Sebenarnya perasaan adalah satu proses yang datang dengan usaha dan tindakan. Bukan semua orang akan suka dengan kita hanya menunggu walaupun kita kaya, cantik, atau kacak sekalipun ia tidak akan menjamin kita boleh disukai.

Perasaan wujud ini perlu datang dengan selari. Jika sebelah pihak sahaja yang bersusah-payah tanpa adanya tindak balas ia ibarat seperti bertepuk sebelah tangan. Tidak salah pun jika orang perempuan yang memulakan tindakan dahulu tetapi biarlah berbatas dan berlapik agar tidak dilabel gedek atau murah. Jika tidak nanti ada pula yang berkata, seperti perigi mencari timba.

Cara mudah untuk menyampaikan perasaan kita adalah dengan kerap mengambil berat pasal diri si dia. Kita juga boleh melihat tindak balas seseorang selepas kita memujinya. Apabila dia senang dengan kita dari situ mungkin kita boleh menganggap yang dia sudah tahu niat hati kita. Jika kita ada masa untuk berkongsi hal-hal peribadi mungkin berkaitan keluarga dari situ pun kita dapat tahu kejujuran dia pada kita dengan melihat sejauh mana dia menyimpan cerita peribadi itu. Jika dia ada kongsikan pada orang lain, lupakan sahajalah untuk meluah perasaan padanya. Silap-silap kita akan dipersendakannya di kemudian hari.

Ada juga orang yang sedar dia disukai tetapi cuba membalas perasaan orang lain kerana berasa terpaksa. Ataupun kita mungkin boleh terasa usaha orang yang tak putus-putus cuba untuk buat kita suka padanya dan akhirnya kita terpikat kerana usaha itu. Tidak kisahlah bagaimana perasaan itu datang tetapi pastikanlah yang perasaan cinta itu tulen dan sejati.

Perkahwinan ini ibarat perjudian. Walaupun kita sudah mengenali pasangan lebih dari 2 tahun sebelum berkahwin, apa sahaja yang terjadi sepanjang perkahwinan kemungkinan boleh menjadi perkara baru. Mungkin sebelum perkahwinan kita hanya dapat melihat yang indah-indah. Apa yang diceritakan semua benda yang indah tetapi setelah hidup bersama semuanya akan terbongkar. Pada masa inilah setiap pasangan perlu bertoleransi dan menerima pasangan mereka seadanya.

Perlu diingat juga, mereka inilah yang akan memberikan kita semangat hidup. Ibu-bapa kita semua semakin hari semakin tua. Kemungkinan merekalah yang akan pergi dulu. Pasangan yang tuhan anugerahkan pada kita sekaranglah yang akan menghabiskan separuh hayat kita yang tinggal di dunia ini. Hargailah setiap pasangan yang kita ada.

 

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top