Connect with us

4 Tahap Tidur yang Sangat Penting dan Peranannya

Kehidupan

4 Tahap Tidur yang Sangat Penting dan Peranannya

Tahukah anda tidur mempunyai 4 tahap. Setiap tahap tidur ini mempunyai peranan-peranannya yang tersendiri dan aktiviti yang kita lakukan seharianlah yang akan menentukan sama ada kita mendapat cukup atau tidak semua tahap-tahap ini.

Peringkat tidur yang pertama adalah ‘Light Sleep’ atau tidur yang ringan. Kita biasanya mendapat tahap tidur seperti ini apabila kita baru sahaja terlelap. Pada waktu ini kesedaran kita sedang berkurang. Microsleep juga adalah antara tahap tidur yang pertama ini. Komposisi tidur pada tahap 1 pada tidur yang normal adalah antara 1-5% sahaja.

Selepas itu barulah akan masuk tahap ke dua iaitu ‘Stable Sleep’. Ini adalah tahap tidur yang paling stabil. Untuk tempoh tidur yang normal ia merangkumi 45-55% waktu tidur. Peringkat ini adalah peringkat paling lama kerana pada masa ini tubuh badan kita sedang berehat. Pada masa ini juga suhu badan akan menurun kepada 36.9 darjah selsius. Selain dari itu, tekanan darah juga akan menurun bersama-sama dengan degupan jantung.

Pada peringkat ke 3 pula adalah peringkat terpenting iaitu ‘Deep Sleep’. Ia berlaku dalam 20-25% sahaja. Pada peringkat ini jugalah peringkat tidur paling nyenyak dan ketika ini mana-mana sel rosak dan mati akan mula disembuhkan dan dihasilkan kembali. Oleh sebab itu orang-orang yang kelihatan lebih muda dari usianya biasanya disebabkan oleh cukupnya tidur pada tahap ini.

Peringkat terakhir tidur adalah ‘Rapid Eye Movement’. Sekiranya kita bermimpi atau mengigau bermakna kita sedang berada dalam keadaan ini. Pada waktu ini sel-sel otak kita sedang aktif bekerja mengumpulkan semua maklumat yang kita fikirkan ketika kita belum tidur lagi. Orang yang tidur tidak sampai pada tahap ini biasanya akan mudah lupa dan susah fokus ketika belajar.

Begitulah keempat-empat tahap dalam tidur. Walaubagaimanapun bukan semua orang akan dapat melalui kesemua tahap tersebut. Ada juga kitaran yang akan berulang disebabkan kita terjaga semasa tidur. Oleh kerana itu, jika kita mendapat tidur satu malam selama 7-8 jam tetapi disebabkan terlalu kerap terjaga malam, itu menyebabkan tidur seseorang itu tidak berkualiti.

Jika ada antara kita yang merasakan kita sudah tidur cukup tetapi masih rasa mengantuk di siang hari, disarankan untuk bertemu dengan pakar. Di setiap hospital kini sudah ada satu prosedur yang dipanggil sleep screening dan pemeriksaan polisomnografi. Prosedur ini akan mendiagnosis gangguan tidur. Doktor akan mengamati waktu tidur seseorang dan mencatatkan pola tidur dan mengidentifikasi jika ada gangguan tidur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top