Connect with us

Teknik Pomodoro yang Istimewa

Kehidupan

Teknik Pomodoro yang Istimewa

Adakah anda diluar sana seringkali mempunyai masalah fokus? Ataupun anda tidak mempunyai motivasi untuk memulakan sesuatu tugasan? Anda mungkin boleh mencuba pomodoro. Pomodoro adalah langkah atau cara pengurusan masa yang dibuat pada 1980-an oleh seorang pelajar universiti yang bernama Francesco Cirillo.

Pada masa itu Frencesco Cirillo ini sedang bersusah-payah untuk fokus pada pembelajaran dia sehinggalah akhirnya dia mendapat ilham untuk menggunakan timer yang berbentuk tomato untuk dia track berapa lama masa yang diperlukan untuk dia siapkan tugasan kuliahnya. Sejak itulah teknik ini mula popular.

Pomodoro ini sebenarnya adalah perkataan Itali untuk tomato memandangkan Frencesco Cirillo menggunakan timer yang berbentuk tomato. Konsep di dalam pomodoro ini adalah amat mudah. 1 pomodoro bersamaan dengan 30 minit di mana 25 minit adalah masa untuk fokus, manakala lagi 5 minit adalah masa untuk berehat sekejap. Ulang pomodoro ini sebanyak 4 kali sebelum dapat berehat lebih panjang.

Walaupun begitu, syarat semasa berehat sebentar itu haruslah dielak untuk menyentuh telefon bimbit atau melakukan aktiviti yang melekakan seperti bermain atau menonton televisyen. Sebaliknya apa yang disarankan adalah merenggangkan badan dan melakukan senaman ringan atau ke dapur untuk membancuh teh atau kopi serta keluar rumah sebentar sambil menghirup udara segar.

Sekiranya terdapat gangguan sepanjang untuk melengkapkan set pomodoro seperti panggilan telefon. Kita harus memulakan semula kiraan pomodoro pada yang pertama kali. Kita juga boleh mengubahsuai kiraan pomodoro mengikut kesesuaian kerja seperti 45 minit kerja dan 10 minit berehat.

Walaupun ada banyak lagi teknik pengurusan masa yang lain, pomodoro ini antara yang paling menarik kerana ia meletakkan target dan motivasi selain kita dapat menyimpan rekod kerja dengan lebih tersusun. Sekaligus menjadikan minda kita mempunyai fokus kerana sudah pun mempunyai hala tuju.

Untuk timer  atau pengingat masa, kita lebih digalakkan menggunakan fizikal timer berbanding penanda masa digital yang ada dalam telefon pintar. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada bermain telefon dan sensasi menggunakan fizikal timer paling menarik apabila ia mengeluarkan bunyi “tik tok”. Daripada bunyi itu akan menghasilkan ‘sense of urgency’ rasa perlu segera menyiapkan tugasan.

Sebagai pelajar sering kita beralasan tiada mood atau idea apabila mula hendak menyiapkan tugasan kuliah sebaliknya semasa dalam peperiksaan sebenar boleh sahaja sebenarnya kita mendapatkan idea dan mood. Inilah salah satu daripada peranan ‘sense of urgency’. Inilah antara sebab mengapa pomodoro menjadi satu teknik yang popular.

 

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top