Connect with us

Kes Saman Fitnah antara Doula dan Doktor

Sensasi

Kes Saman Fitnah antara Doula dan Doktor

Baru-baru ini hangat tentang kes saman fitnah antara Doula Masyitah dan Dr. Sakinah Sulong. Apa yang akan dihuraikan di sini adalah berdasarkan maklumat yang kita terima daripada media dan bukannya kemas kini daripada proses perbicaraan. Masyitah adalah plaintif manakala Dr. Sakinah adalah defendan.

Masyitah menyaman Dr. Sakinah manakala Dr. Sakinah membela diri. Apabila yang berlaku di sini adalah saman fitnah bukannya saman malu. Saman malu sebenarnya tidak wujud di dalam konteks undang-undang. Mahkamah mendapati Dr. Sakinah telah memuatnaik pernyataan fitnah terhadap Doulamas berdasarkan posting Facebook beliau pada 7, 8, 12 Feb 2018.

Seperti yang dinyatakan dalam posting tersebut, sebelum ini Dr. Sakinah dikhabarkan menuduh Doulamas terlibat dalam kejadian kelahiran di rumah pada 4 Feb 2018 serta merungkai tuduhan yang mengaitkan Doulamas dengan kematian bayi tersebut. Terlebih dahulu, ucapan takziah buat pasangan yang kehilangan anak yang baru dilahirkan itu.

Saman ini berkenaan dengan tuntutan daripada Doula kepada Dr. Sakinah berdasarkan kepada posting yang dimuatnaikkan oleh Dr. Sakinah di sosial media. Dan apa yang dinyatakan dalam posting Dr. Sakinah itulah yang menjadi asas kepada tuntutan saman Doula. Melalui keputusan perbicaraan pesuruhjaya kehakiman telah membuat dapatan fakta dan undang-udang dan seterusnya menghakimkan bahawa kata-kata yang dinyatakan sebagai memfitnah itu oleh Dr. Sakinah terhadap Doula itu sebenarnya adalah kata-kata fitnah.

Doula Masyitah menang tuntutan saman fitnah ke atas Dr. Sakinah Sulong. Defendan diarahkan membayar gantirugi berjumlah RM230,000. Perbicaraan tersebut telah berjalan lancar pada 26 Oktober 2020, jam 12 tengah hari. Hakim menyatakan bahawa Dr. Sakinah perlu melakukan beberapa tindakan seperti membayar gantirugi kepada plaintif dan gantirugi teladan masing-masing sebanyak RM100,000.

Selain itu defendan juga diminta membayar kos kepada plaintif sebanyak RM30,000 selain memohon maaf kepada Doulamas dalam tempoh 7 hari melalui FB defendan serta perintah injunksi untuk tidak menerbitkan apa-apa kenyataan mengaitkan Doulamas dengan kejadian kelahiran dan kematian bayi pada 4 Feb 2018.

Beberapa hari selepas itu, di dalam kenyataan akhbar Dr. Sakinah dinyatakan telah gagal membuat permohonan maaf dan telah berlaku suatu tindakan yang telah dimulakan oleh para peguam Doula Masyitah yang dipanggil sebagai committal proceeding. Committal proceeding ini adalah tindakan atas dasar menghina mahkamah kerana gagal mengikut arahan yang telah ditetapkan.

Dr. Sakinah sebelum itu memohon untuk mendapatkan perintah penangguhan interim terhadap perintah permohonan maaf itu kepada Masyitah Md. Hassan. Peguam Dr. Sakinah, Mahmud Abdul Jumaat berkata keputusan membenarkan permohonan penangguhan interim itu diputuskan pesuruhjaya kehakiman Evrol Mariette Peters dalam prosiding menerusi Skype.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top