Connect with us

Kandungan apa dalam Alkohol yang menyebabkan Mabuk?

Kehidupan

Kandungan apa dalam Alkohol yang menyebabkan Mabuk?

Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat disebabkan oleh pemandu-pemandu yang di bawah pengaruh alkohol. Dengan meminum alkohol, ia boleh merangsang otak untuk menghasilkan hormon keseronokan seperti domamine, serotonin, dan endorfin. Apakah itu alkohol? Alkohol adalah salah satu daripada homolog siri selain daripada alkanes, alkenes, dan asid karbosilik. Homolog adalah daripada sebatian karbon yang duduk dalam kumpulan OH.

C-OH adalah formula kimia bagi alkohol. Jika begitu glukosa juga adalah alkohol, bukan sahaja mempunyai 1 OH, bahkan ia mempunyai 5 OH. Jadi, apakah bezanya alkohol dari kumpulan ini dengan alkohol yang memabukkan? Alkohol terbahagi kepada 2, satu adalah dari kumpulan homolog siri dan yang memabukkan pula dalam kumpulan minuman beralkohol.

Sepertimana kita tahu, proses menghasilkan minuman beralkohol adalah melalui proses penapaian iaitu glukosa berinteraksi dengan yis dan menghasilkan ethanol (C2H5OH). Ethanol inilah sebenarnya yang membuatkan seseorang itu mabuk apabila diminum. Jika diambil dengan kerap boleh menyebabkan keracunan pada hati dan lain-lain organ dalaman.

Apakah kegunaan alkohol secara baik pula? Kita perlu tahu, alkohol adalah pelarut organik. Ia berfungsi untuk melarutkan bahan yang tidak dapat larut di dalam air. Bahan yang larut dalam air ialah sebatian ionik dan apa sahaja yang boleh menghasilkan ikatan. Manakala apa bahan yang tidak dapat larut, kita akan larutkan dalam alkohol atau pelarut organik ini.

Contoh-contoh bahan yang mengandungi alkohol adalah minyak wangi. Di dalam minyak wangi mempunyai minyak assential yang diekstrak daripada tumbuhan. Minyak assential dibuat daripada kumpulan terpenes dan terpenoids. Bau wanginya pula daripada tumbuhan yang dipanggil sebagai ester. Ester ini datangnya daripada gabungan alkohol dan asid karbosilik dalam proses asterifikasi.

Apabila kita semburkan minyak wangi pada tubuh badan kita. Dalam satu waktu peluh yang terhasil dari badan kita akan memecahkan ester kepada alkohol dan asid karbosilik. Selain boleh ditemui di dalam alkohol, ethanol juga banyak digunakan sebagai sanitasi untuk melawan virus selain daripada isopropanol.

Ini disebabkan kerana saiz ethanol adalah sangat kecil dan dapat menembusi struktur virus itu sendiri. Ethanol juga adalah sejenis polar molekul yang dapat berinteraksi dengan protein yang menjadi struktur asas virus. Bagaimana pula cara untuk mengenal pasti seseorang itu mabuk atau tidak? Pertama dengan menggunakan alat pengukur pernafasan. Kedua pula adalah melalui ujian air kencing, air liur atau sampel darah.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top