Connect with us

Proses Menyamak Kulit pada Masa Lalu

Kehidupan

Proses Menyamak Kulit pada Masa Lalu

Menyamak kulit adalah proses menanggalkan lemak-lemak yang terdapat di bawah kulit haiwan. Kemudian kulit-kulit ini akan digunakan untuk membuat pelbagai barangan seperti kasut, beg tangan, baju jaket, dan sebagainya. Pada zaman moden kini, menyamak kulit sudah menggunakan bahan-bahan kimia dan mesin industri yang amat canggih.

Tetapi pernahkah anda terfikir, bagaimana orang pada zaman dahulu melakukan proses menyamak kulit ini? Sudah pasti mereka tidak mempunyai mesin industri canggih yang ada pada zaman kini. Tetapi adakah dari segi penggunaan bahan kimia, mereka mempunyai bahan kimia yang sama. Di dalam banyak rekod dan transkrip di zaman Rom dan Mesopotamia ada menerangkan perihal tentang proses ini.

Orang yang melakukan proses menyamak kulit ini dipanggil tukang kulit. Proses-proses ini mereka lakukan di tepi bandar dan bukannya di dalam bandar. Ini disebabkan tempat melakukan proses menyamak kulit ini sentiasa busuk dan hancing kerana mereka menggunakan air kencing untuk proses ini.

Selain air kencing, sebenarnya ada lagi beberapa bahan kimia yang boleh juga digunakan untuk menyamak kulit binatang. Kulit bakau adalah bahan komoditi yang agak penting pada masa itu kerana di dalam kulit bakau terdapat satu bahan yang sama yang kita boleh dapati dalam air teh pekat.

Apabila kita meminum air teh pekat kita akan merasa kelat dan rasa kelat itu datangnya daripada bahan yang dipanggil sebagai tannic asid. Jika kita melihat perkataan bahasa inggeris, “tanning” iaitu samak adalah diambil daripada nama asid ini kerana penggunaannya yang sangat meluas. Walaupun begitu untuk mendapatkan kulit kayu bakau pada masa lalu adalah amat sukar kerana faktor geografi.

Atas sebab itulah, pada zaman Mesopotamia mereka terpaksa menggunakan alternatif yang kedua iaitu air kencing. Selain kencing tahi atau najis burung merpati juga boleh digunakan. Orang purba pada zaman dulu secara manual menyiat kulit dan mengasingkan kulit-kulit dengan lemak-lemak dengan menggunakan benda tajam sebelum mereka membakar dengan tujuan untuk mencairkan lemak-lemak yang tertinggal.

Proses berikutnya adalah mereka akan merendam kulit tersebut dengan air kencing. Air kencing tidak mengandungi tannic asid tetapi mengandungi ammonia ibarat seperti sabun dan bersifat alkali. Bahan ini juga boleh ditemui dalam bahan pencuci lantai. Setelah direndam dalam satu tempoh masa, mereka akan mengeluarkan kulit tersebut dan merendamkannya pula ke dalam cecair mineral yang bercampur dengan bahan-bahan tertentu.

Disebabkan kos yang mahal, mereka juga ada melakukan proses rendaman kali kedua dengan air kencing yang lebih lama diperap. Akhir sekali barulah mereka akan membilas dan mengeringkan kulit-kulit tersebut sebelum diserahkan kepada tukang pembuat kasut dan barangan kulit.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top