Connect with us

Mengapa pesawat MH370 menghala ke Selatan?

Sensasi

Mengapa pesawat MH370 menghala ke Selatan?

Masih ingatkah kita tentang peristiwa menggemparkan Malaysia pada 8 Mac 2014? Sebuah kapal terbang komersial yang dikenali MH370 telah hilang daripada radar. Kapal terbang yang dipandu oleh Captain Zaharie Ahmad Shah dan Co-Pilot First Officer Fariq Abdul Hamid bersama 12 orang anak kapal itu membawa 227 orang penumpang. Dalam artikel ini akan menerangkan kembali tentang kronologi kehilangan pesawat terbabit.

Pesawat MH370 ini memulakan perjalanan daripada landasan bernombor 32R di KLIA ke Beijing pada pukul 12:41 pagi. Pesawat dijangka tiba di Beijing pada pukul 6:30 pagi. Beberapa minit kemudian, kapal terbang MH370 mencapai ketinggian 38,000 kaki dari aras laut. Sebaik pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia, radar Kuala Lumpur memindahkan pusat kawalan kawasan pada FIR  Ho Chi Minh.

Sebagai info, setiap negara mempunyai FIR (Flight Information Region). Ini adalah kawasan ruang udara yang menentukan di mana maklumat dan amaran diberikan. “Good night Malaysian 370” merupakan komunikasi terakhir dan transponder mode hilang dari radar Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh. Elektrik utama pesawat dimatikan secara serta merta.

Walaupun hilang dalam radar skunder surveillance, MH370 masih dikesan oleh radar tentera. Menurut maklumat, pada pukul 1.22 pagi pesawat telah dialihkan mengikut arah berlawanan dengan sudut maksimum sebanyak 26 darjah dan pada waktu inilah sesuatu sedang berlaku dan sangat mencurigakan.

Menurut radar tentera, MH370 secara tiba-tiba naik mendadak daripada ketinggian 35,000 kaki menjadi 45,000 kaki iaitu mencapai had paras altitude untuk boing 777 boleh terbang. Pada masa ini penumpang tidak berupaya untuk bernafas kerana kekurangan oksigen dan hypoxia pun berlaku. Pesawat terus terbang menurun altitude secara mendadak ke paras 23,000 kaki ke arah semenanjung Malaysia. Tiada sebarang mesej diterima oleh ACARs (Aircraft Communication Addressing & Reporting system).

ACARs adalah sistem Data Link Digital untuk penghantaran pesanan ringkas oleh pesawat ke stesen darat melalui satelit Inmarsat. Antara 1:30 pagi hingga 1:52 pagi, radar lapangan terbang Sultan Ismail Petra mengesan pesawat tanpa identiti sebanyak 4 kali. Pada jam 1:52 pagi, telefon bimbit co-Pilot dikesan oleh rangkaian terrestrial dan Pesawat MH370 di kesan terbang ke selatan Pulau Pinang.

Pada pukul 2 pagi pesawat MH370 didapati melintasi selat Melaka berhampiran Pulau Perak. 20 minit selepas itu signal satelit komunikasi pesawat beroperasi semula. Pada pukul 2:25 pagi, log sistem komunikasi pesawat masuk ke rangkaian Inmarsat. Pesawat tersebut menjawab permintaan setiap jam dalam satu siri handshake. Handshake pesawat pertama yang mana ia membuat lengkok bulatan atau dikenali sebagai data PING.

Data PING ini terbahagi kepada 2 bentuk. Pertama adalah BTO (Burst Timing Offset). Yang kedua pula adalah BFO (Burst Frequency Offset). Melalui 2 parameter ini, kita dapat membuat plot anggaran kedudukan pesawat sepanjang perjalanan sama ada ke utara atau ke selatan. Dan disebabkan 2 parameter inilah menunjukkan kecenderungan pesawat ke arah selatan berdasarkan kertas kajian yang di buat oleh Royal Institute of Navigation.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top