Connect with us

Sabah milik Siapa?

Berita

Sabah milik Siapa?

Status tuntutan Sabah daripada Filipina kini sering menjadi topik hangat di dalam dan luar negara. Akan tetapi adakah tuntutan daripada Filipina ini sah dari segi undang-undang antarabangsa? Sabah adalah sebuah negeri di dalam negara Malaysia yang terletak di kepulauan Borneo iaitu kepulauan terbesar di Asia Tenggara. Kepulauan Borneo ini pula adalah satu-satunya kepulauan yang dibahagikan sempadan-sempadannya kepada 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, dan Brunei.

Filipina sering mempertikaikan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu dan mengatakan Sabah tidak pernah bersetuju untuk menyertai Malaysia. Sabah atau nama lainnya yang dipanggil Borneo Utara pada zaman kesultanan Brunei pada 1658. Sabah pada ketika itu kemudian diserahkan kepada kesultanan Sulu di atas jasa kerajaan tersebut dalam membendung perang saudara yang meletus di Brunei.

Pada kurun ke17 dan 18 pengaruh kesultanan Sulu telah tersebar ke seluruh wilayah di Sabah dan Selatan Filipina. Pertikaian bermula pada 1878 apabila kesultanan Sulu menyerahkan Sabah yang termasuk dalam wilayah kepulauan Mindanau kepada syarikat British, North Borneo Company sebagai ganti bayaran tahunan. Yang menjadi isu adalah sama ada Sultan Sulu menyerahkan terus Sabah atau hanya pajakan dalam tempoh masa tertentu, itulah yang menjadi persoalan dan isu berbangkit kepada Filipina.

Amerika Syarikat telah menamatkan sebarang kuasa persekutuan politik yang dimiliki kesultanan Sulu melalui Carpenter Aggrement pada 22 Mac 1915. Mengikut penyelidik Lucio Blanco Patlo III dari pertubuhan Asia-Pasific Pathways to Progress Foundation, pewaris kesultanan Sulu dan Republik Filipina langsung tidak pernah masuk tangan ketika North Borneo Company menyerahkan Sabah kepada kerajaan British pada 1946.

Kemudiannya kerajaan British menyerahkan Sabah kepada pemerintahan kerajaan Malaysia pada 1963. Di bawah undang-undang antarabangsa, pemberian adalah perolehan sesebuah wilayah baru apabila sesebuah negara itu telah menjalankan proses-proses pemerintahan dan dikekalkan untuk tempoh yang lama. Malaysia telah mentadbir Sabah sejak 1963 dengan pengiktirafan dari badan UN.

Sabah tidak diambil dengan cara paksaan akan tetapi melalui perantaraan Cobbold Commission. Sabah setuju untuk berada dalam kerajaan Malaysia sejak 1963. Pada 11 Februari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan timur Sabah dengan kumpulan bersenjata. Penceroboh yang seramai lebih dari 100 orang itu adalah pengikut kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai keturunan kesultanan Sulu. Kumpulan pertama telah sampai di Sabah dan berkumpul di sebuah kampung di Lahad Datu dalam misi merampas Sabah daripada Malaysia.

Kembali kepada isu tuntutan dan kesimpulannya, mengikut sejarah sejak dahulu Sabah memang berada di bawah kesultanan Sulu namun senario politik di Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajahan Sepanyol, British, dan Amerika Syarikat di kawasan benua ini. Sabah kini telah menjadi milik kerajaan Malaysia dan masih terus berusaha untuk membangun. Tidak kiralah apa pun tuntutan pihak luar terhadap Sabah, komuniti dan badan antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia dan akan kekal seperti ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top