Connect with us

Kehilangan Ibu Tercinta

Kehidupan

Kehilangan Ibu Tercinta

Tiada kehilangan yang lebih memeritkan selain kehilangan ibu tercinta. Seorang ibu yang melahirkan kita dan membesarkan kita sehingga kita semua mampu berdikari, memilih kerja, berpasangan, dan akhirnya berkahwin dan mempunyai anak. Tidak mudah untuk berpura-pura kuat dalam menghadapi cubaan terberat dalam hidup kita ini.

Berbeza dengan kehilangan harta benda. Semua itu benda yang boleh diganti dengan usaha kerja. Tetapi seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan tidak mungkin dapat diganti dengan wang berjuta sekalipun. Sedar atau tidak kehilangan hanya akan kita rasai bila ibu benar-benar telah dijemput Ilahi.

Bayangkan ketika kita berjauhan dengan ibu. Rasa rindu dapat diubati dengan panggilan telefon. Kita boleh mendengar suara ibu malah melihat keadaannya melalui panggilan video. Apabila kita mula sibuk dengan tugasan kuliah atau kerja, tanpa sedar ingatan pada ibu akan pudar. Kita akan fokus pada tugas semasa kerana ibu tidak ada di depan mata.

Pada sesiapa yang pernah menjaga seorang ibu yang sakit, lagilah akan merasa kehilangan kerana masa yang diluangkan semasa ibu sedang sakit bagaikan peringatan Allah kepada hambanya agar menyanjungi ibu dan menghargai saat-saat bernilai yang terluang bersama ibu. Dari sini perlahan-lahan kita akan bersedia dengan sebarang kemungkinan terburuk.

Untuk keluarga yang mempunyai adik-beradik perempuan mungkin akan terasa mudah kerana mereka lebih memahami ibu dan akan menguruskan kehidupan ibu lebih baik daripada anak-anak lelaki. Walaupun begitu ini bukan alasan untuk anak-anak lelaki memberi alasan kerana banyak sahaja tugas-tugas pengurusan ibu yang sakit agak berat dan hanya orang lelaki sahaja yang dapat melakukannya seperti mengangkat ibu.

Ibu membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Segala kasih sayang di curah. Melihat perubahan kecil pada riak wajah kita sahaja ibu sudah tahu sama ada kita dirundum kesedihan, kegembiraan, atau sedang dilamun cinta. Kita sebagai anak juga haruslah sentiasa memperlakukan ibu seperti mana ibu memperlakukan kita. Bayangkan ibu sanggup menahan kesakitan semata-mata untuk melahirkan manusia berguna seperti mana anda sekarang.

Bagi yang berjauhan dengan ibu, keraplah menghubungi ibu sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Bertanya khabar dan cerita-cerita yang mungkin kita tidak tahu. Bayangkan jika ibu setakat batuk-batuk atau demam. Dengan panggilan telefon dari seorang anak sahaja sebenarnya mampu memberikan kekuatan untuk ibu bertahan.

Jauhkanlah sikap menolak tugas-tugas menjaga atau menjenguk ibu kepada adik-beradik yang lain. Andai kita sibuk dengan pekerjaan sekalipun, ambillah cuti dan gunakan masa hujung minggu sekurang-kurangnya 2 bulan sekali agar ibu tidak berkecil hati dengan anak-anak. Lebih-lebih lagi pada seorang ibu tunggal yang terpaksa tinggal sendirian.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top