Connect with us

Genap 1 tahun Pemerintahan Presiden Jokowi Widodo – Misi

Berita

Genap 1 tahun Pemerintahan Presiden Jokowi Widodo – Misi

Pada 20 Oktober 2020, maka genaplah setahun pemerintahan Presiden Jokowi Widodo dan wakil presidennya Ma’ruf Amin. Sekiranya digabung pada penggal yang lepas, adalah genap enam tahun Indonesia di bawah pimpinan Presiden Jokowi Widodo. Rakyat Indonesia umumnya suka menilai dari berbagai aspek berkaitan kepimpinan mereka ini.

Jika dilihat pada pilihan raya pada 2019, banyak janji-janji dalam visi dan misinya sehingga berjaya menarik minat majoriti warga Indonesia memilih mereka. Visi Jokowi-Ma’ruf pada masa itu ialah, “Terwujudnya Indonesia maju yang berdaulat, mandiri, dan berkeperibadian, berlandaskan gotong royong”. Visi itu dipaparkan dengan lebih jelas melalui 9 misi;

  1. Peningkatan kualiti hidup rakyat Indonesia.
  • Mengembangkan sistem gizi dan tumbesaran kanak-kanak.
  • Mengembangkan reformasi sistem kesihatan.
  • Mengembangkan reformasi sistem pendidikan.
  • Meningkatkan sistem latihan vokasional.
  • Meningkatkan jumlah usahawan.
  • Menyelaraskan hak persamaan jantina dan menguasakan wanita.

  1. Meningkatkan struktur ekonomi yang produktif dan berdaya saing.
  • Memantapkan sistem penyelenggaraan ekonomi nasional dengan berlandaskan perlembagaan.
  • Meningkatkan nilai tambah dari manfaat infrastruktur.
  • Mengembangkan sektor-sektor ekonomi baru.
  • Mengembangkan reformasi tenaga kerja dan sumber manusia.

  1. Pembangunan sama rata dan adil.
  • Mengedarkan dana untuk pembangunan sama rata.
  • Mengembangkan produktiviti dan daya saing UMKM koperasi.
  • Mengembangkan ekonomi rakyat.
  • Mengembangkan reformasi sistem perlindungan sosial.
  • Melanjutkan pemanfaatan Dana Desa untuk membasmi jurang kemiskinan.
  • Mengembangkan ekonomi isi rumah.
  • Mengembangkan potensi ekonomi daerah untuk meratakan pembangunan antara wilayah.
  1. Mencapai persekitaran yang mampan.
  • Pembangunan dasar tata-ruang bersepadu.
  • Mengawal selia perubahan iklim.
  • Penguasaan undang-undang terhadap rehabilitasi lingkungan hidup.
  1. Kemajuan budaya yang mencerminkan keperibadian bangsa Indonesia
  • Pembinaan ideologi berpelembagaan.
  • Menghidupkan revolusi mental.
  • Memulihkan toleransi dan kerukunan sosial.
  • Mengembangkan kemajuan seni-budaya.
  • Meningkatkan keterlibatan warga muda dan kemajuan kebudayaan.
  • Mengembangkan olahraga untuk menggalakkan budaya bersukan dan aktif.

  1. Menegakkan sistem undang-undang yang bebas rasuah, bermaruah, dan dipercayai.
  • Melanjutkan aturan pengawalseliaan.
  • Melanjutkan reformasi sistem dan proses menegakkan undang-undang.
  • Pencegahan dan pembanterasan rasuah.
  • Penghormatan dan perlindungan hak asasi manusia.
  1. Perlindungan dan keamanan untuk seluruh bangsa Indonesia.
  • Melanjutkan haluan politik luar negara secara bebas.
  • Melanjutkan sistem tranformasi pertahanan yang moden dan TNI yang profesional.
  • Melanjutkan reformasi perisikan dan keamanan yang profesional dan terpercaya.
  1. Pengurusan pemerintahan yang bersih, efektif, dan terpercaya.
  • Merealisasikan demokrasi berpelembagaan.
  • Mengembangkan skop sivil negara yang profesional.
  • Reformasi sistem perencanaan, penganggaran, dan akauntabiliti birokrasis.
  • Reformasi perlembagaan birokrasi yang efektif dan efisien.
  • Mempercepatkan sistem pemerintahan berasaskan elektronik.
  • Reformasi perkhidmatan awam.
  1. Sinergi pemerintahan daerah dalam rangka kerja negara kesatuan.
  • Merangka hubungan pusat dan daerah yang lebih sinergi.
  • Meningkatkan kapasiti daerah autonomi dan daerah khusus/istimewa dalam perkhidmatan awam dan peningkatan daya saing daerah.
  • Mengembangkan kerjasama antara daerah autonomi dalam peningkatan perkhidmatan awam dan membangun kepelbagaian ekonomi baru.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top