Connect with us

Perkara Menarik di sebalik Pilihan Raya Sabah 2020

Sensasi

Perkara Menarik di sebalik Pilihan Raya Sabah 2020

Pilihanraya di Sabah baru-baru ini agak unik. Senarai calon yang panjang daripada wakil-wakil etnik di negeri di bawah bayu itu kadang-kala terlihat sedikit membingungkan. Sebanyak 18 kerusi telah bertukar tangan melibatkan parti-parti dan wakil bebas pada pilihan raya kali ini. Tujuh kerusi yang sebelum ini dimiliki oleh UMNO telah berpindah tangan ke parti BERSATU yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada pilihan raya Sabah kali ini terdapat 13 tambahan kerusi menjadikan jumlah kerusi sebanyak 73. Ini telah memberikan kelebihan kepada parti gabungan (BERSATU, GRS, dan Warisan PLUS). BERSATU adalah paling beruntung kerana memenangi 7 kerusi yang sebelum ini dipegang oleh UMNO sejak 2018. Parti-parti yang rugi pula adalah UPKO, UMNO, dan PBRS.

Pada pilihan raya Sabah kali ini juga, kita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya mendapat kutipan RM1,155,000 wang deposit yang tidak perlu dipulangkan. Ini adalah kerana, seseorang wakil yang bertanding harus memenangi satu perlapan daripada jumlah undi untuk mendapatkan kembali wang deposit sebanyak RM5,000.

Jika kita melihat pada populasi penduduk di Sabah, dapat kita rumuskan bahawa kebanyakan rakyat Sabah adalah orang luar bandar. 59peratus daripada 73 kerusi yang dipertandingkan mempunyai jumlah pengundi yang lebih rendah daripada purata pengundi DUN sebanyak 15,405 pengundi. Sebagai contoh, Banggi mempunyai 5,961 orang pengundi yang layak manakala di Kapayan pula memiliki seramai 30,034 orang pengundi.

Jika dilihat pada statistik pilihan raya Sabah kali ini, dapat dilihat ramai wakil rakyat yang menang di Kawasan yang lebih kecil. Perlu diberi perhatian juga adalah parti-parti seperti Warisan, UMNO, STAR, dan BERSATU memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi purata. Parti Warisan menunjukkan prestasi yang agak baik kerana memenangi kerusi yang mempunyai lebih banyak pengundi berbanding jumlah purata pengundi.

Dapat dilihat juga bahawa jumlah keluar mengundi sedikit sebanyak menjejaskan keputusan pilihan raya Sabah kali ini. Pada PRU 2018 jumlah keluar mengundi Sabah adalah sebanyak 77%, manakala pada tahun ini hanyalah 66.1% sahaja. Daerah-daerah seperti Lahad Datu, Tawau,  dan Semporna adalah antara daerah yang terjejas dengan penularan wabak covid-19 menyaksikan hanya 55.72% sahaja yang keluar mengundi.

Perkara menarik juga adalah rakyat Sabah langsung tidak kisah dengan wakil-wakil rakyat mereka yang “lompat” parti. Untuk rekod seramai 18 orang ADUN melompat parti selepas dipilih pada PRU18 telah bertanding semula pada pilihan raya Sabah kali ini. Satu-satunya wakil rakyat yang menang pada 2018 dan berpaling tadah tetapi diletakkan sebagai calon oleh gabungan Warisan PLUS ialah Ewon Benedick dari UPKO.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top