Connect with us

Mengapa Enjin 2 Lejang bakal Pupus?

Automotif

Mengapa Enjin 2 Lejang bakal Pupus?

Kebanyakan kenderaan yang ada di atas jalan raya kebanyakannya menggunakan bahan bakar petrol, manakala selebihnya menggunakan diesel. Kedua-dua bahan bakar ini memerlukan enjin yang berbeza untuk menukarkannya kepada tenaga dan kuasa yang menggerakkan sesebuah kenderaan.

Enjin petrol secara asasnya menggunakan konsep nyalaan bunga api sebagai cara untuk membakar petrol atau lain-lain bahan bakar yang bersifat meruap. Udara dan petrol akan dimampatkan di dalam enjin sebelum proses lejang mampatan. Proses ini dilakukan oleh karburetor atau suntikan bahan api elektronik. Campuran awal ini akan membuatkan kuasa putaran enjin lebih laju tetapi dengan nisbah mampatan dan kecekapan yang lebih terhad berbanding enjin diesel.

Enjin petrol banyak digunakan pada kenderaan seperti motorsikal, kereta, bot, keretapi, kapal terbang, dan juga jentera kecil seperti mesin rumput, mesin gergaji rantai, dan penjana elektrik. Secara asasnya juga enjin petrol direka dalam bentuk 2 atau 4 lejang mengikut kesesuaian. Enjin petrol 4 lejang adalah lebih efektif memandangkan kebuk pembakarannya yang terasing dengan kotak engkol, manakala enjin petrol 2 lejang memerlukan minyak 2T yang mudah terbakar untuk proses pelinciran tetapi dalam masa yang sama mengakibatkan mencemaran udara.

Di dalam enjin petrol 2 lejang, terdapat 4 proses pengendalian (kemasukan, pemampatan, kuasa, dan ekzos) dalam setiap 1 putaran enjin. Semasa proses kemasukan dan mampatan, omboh bergerak ke atas dan sekaligus membenarkan udara masuk melalui injap dedaun dan udara dan bahan api yang sedang membakar. Kemudian kitaran 2 lejang ini akan berulang.

Sebaik sahaja campuran bahan api dan udara terbakar, omboh akan tertolak turun ke bawah dan sekaligus menghasilakan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga akan memampatkan pelincir-bahan api-udara sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos. Proses ini juga akan memaksa pelincir-udara-bahan bakar segar masuk kedalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.

Hanya sedikit sahaja kebaikan enjin petrol 2 lejang ini, iaitu ia lebih murah berbanding enjin 4 lejang. Kelebihan lainnya ialah ia sesuai dimuatkan dalam jentera kecil atau mudah alih seperti mesin rumput atau mesin gergaji. Selain itu kuasa yang terhasil juga lebih banyak, sebagai contoh motor Honda CBR 150 yang menggunakan enjin 4 lejang menghasilkan kuasa sebanyak 18.98bhp. Sedangkan motor Honda NSR 150 yang menggunakan enjin 2 lejang menghasilkan kuasa sebanyak 38bhp.

Walaupun begitu pengeluaran kenderaan berenjin 2 lejang sedang perlahan-lahan tidak dihasilkan lagi kerana ia menyebabkan pencemaran udara yang serius. Ini adalah kerana proses pembakaran mintak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian kecil udara-pelincir-bahan api juga dilepaskan dan sekaligus mengurangkan kecekapan enjin.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top