Connect with us

PBB umum Memulakan kembali Perbicaraan Intra-Libya

Berita

PBB umum Memulakan kembali Perbicaraan Intra-Libya

Sudah hampir satu dekad pembunuhan Muammar Gaddafi, namun Libya masih lagi dalam keadaan kucar-kacir dan penuh konflik. Ramai rakyat Libya terutama yang tinggal di ibu negara Tripolli melakukan pemberontakan. Merekan memainkan muzik dan mengibar bendera sempena pemberontakan pertama yang telah berlaku di Benghazi pada 2011.

Terdapat 2 penguasa yang menguasai barat dan timur Libya iaitu Government of National Accord (GNA) dan Libyan National Army (LNA) sering melakukan serangan antara satu sama lain sehingga merugikan masyarakat setempat. Ramai penduduk kehilangan tempat tinggal, harta benda dan orang tersayang kerana bedilan bom. Untuk keselamatan ramai penduduk telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Kedua-dua paksi penguasa sebenarnya telah lama bersedia untuk konflik yang berlanjutan panjang kerana Government of National Accord (GNA) mula menutup pelabuhan minyak yang menjadi sumber minyak mentah terbesar di Afrika. Hal ini juga telah mengakibatkan pemindahan migran-migran daripada Timur Tengah dan Afrika.

Pemimpin daripada suku Sanoussi al-Zwai yang berpihak kepada LNA mendapat sokongan daripada Mesir, Jordan, Russia, dan UAE agar meneruskan penutupan pelabuhan minyak. Mereka berpendapat hasil dan sumber minyak itu hanya akan menguntungkan Amerika Syarikat dan PBB. Manakala GNA pula ingin meneruskan operasi kerana menganggap ia adalah sumber utama negara.

Akibat daripada penutupan pelabuhan minyak itu selama sebulan telah mengakibatkan kerugian sebanyak 1.4 million dollar AS. National Oil Corporation (NOC) telah menyalahkan LNA atas kerugian tersebut setelah pelabuhan terbesarnya di Libya, El-Sharara ditutup. Seorang diplomat senator AS menyatakan bahawa perundingan intra-Libya yang bakal berlangsung pada 15 Oktober 2020 ini akan menjadi satu titik tolak kepada persengketaan yang sedang berlaku kini. Mengikut pendapatnya juga sumber minyak sepatutnya di salurkan sama-rata agar setiap pihak mendapat keuntungan yang sekata, yang juga akan menjadi mediator pada perundingan tersebut.

Misi dukungan PBB ke atas Libya ini juga dipanggil sebagai UNSMIL bertujuan untuk mendapatkan kata putus dalam rangka kerja pemerintahan yang lebih tersusun tanpa sebarang konflik. Satu pembicaraan yang dinamakan sebagai Forum Dialog Parti Libya (LPDF) diharapkan dapat membentuk semula kedaulatan Libya dan struktur demokrasi berpelembagaan.

Peserta-peserta LPDF ini juga akan dipilih daripada perwakilan etnik, politik, kesukuan, geografi, dan sosial masing-masing. UNSMIL juga menegaskan bahawa mereka akan mempertimbangkan semua pendapat daripada semua pihak secara adil dan telus. 2 agenda penting yang bakal diputuskan adalah pembaharuan formasi presiden dan kerajaan yang merdeka.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top