Connect with us

Bahagian-bahagian Otak dan Fungsinya

Kehidupan

Bahagian-bahagian Otak dan Fungsinya

Otak adalah organ penting bagi semua benda bernyawa terutama sekali vertebrata dan invertebrata. Jika disamakan dengan komputer, ia ibarat CPU (Unit pemprosesan pusat). Di dalam otak manusia sendiri sahaja mempunyai lebih daripada 100 juta sel. Otak bukan sahaja menjalankan fungsi berfikir manusia, malah segala sistem dalam badan juga dikawal oleh otak termasuk bendalir dalam dalam dan saraf-saraf neuron. Fakta paling menarik adalah kita manusia hanya mampu menggunakan 10% sahaja daripada potensi otak. Cuba bayangkan apa terjadi jika kita mampu meningkatkan peratus tersebut.

Otak manusia secara kasar terbahagi kepada 2 iaitu otak besar dan otak kecil. Begitu juga struktur binaan otak terbahagi kepada 2 juga iaitu sel glia dan sel neuron. Sel glia berfungsi sebagai pelindung yang melindungi sel neuron, manakala sel neuron pula berfungsi membawa maklumat ke seluruh sistem tubuh dalam bentuk satu bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. Nuerotrasmitter ini akan dikirim dan diterima oleh sinapsis, iaitu bahagian celah yang terdapat pada sel neuron. Berjuta-juta neuron berhubungan seperti rantaian data yang tiada berpenghujung.

Otak besar atau dipanggil serembrum yang ada pada otak manusia memiliki fungsi yang berbeza dengan otak hidupan lainnya. Bahagian inilah yang membolehkan manusia berfikir dengan kompleks, membuat keputusan, berinovasi, mengingati sesuatu peristiwa, berbicara, dan menyelesaikan masalah yang kompleks.

Otak besar juga terdiri daripada 4 bahagian. Bahagian paling depan adalah lobus frontal. Bahagian inilah yang mengawal pergerakan, tingkah laku, kemampuan kognitif, berbicara, dan keinginan seks. Bahagian tengah otak pula dipanggil lobus parietal. Bahagian ini pula adalah yang mengesan sistem sensorik fizikal seperti tekanan, sentuhan, dan suhu.

Bahagian paling belakang otak dalam dalam kumpulan otak besar pula dipanggil lobus occipital. Bahagian inilah yang berhubungan dengan pancaindera atau mata. Bahagian kanan dan kiri otak dalam kumpulan otak besar pula dipanggil lobus temporal. Bahagian inilah yang berhubungan dengan sistem pendengaran dan pemahaman bahasa setiap manusia.

Daripada fungsi otak besar di atas, dapat dilihat masih banyak lagi fungsi-fungsi yang tertinggal. Oleh itu, peranan otak kecil juga amatlah penting untuk melengkapkan sebuah otak. Otak kecil juga dikenal sebagai serebelum, yang mana kedudukannya terletak di belakang kepala pangkal leher. Bahagian otak kecil berfungsi untuk mengatur setiap pergerakan kecil pada otot-otot, keseimbangan, dan posisi tubuh.

Kawalan kerja untuk lain-lain organ seperti jantung, paru-paru, ginjal dan lain pula dikawal oleh batang otak. Ia tersusun memanjang dari pangkal leher ke sum sum tulang belakang. Titik awal untuk batang otak dipanggil pons dan bahagian hujungnya pula dipanggil medula oblongata.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top