Connect with us

Apakah Simpul Biawak?

Kehidupan

Apakah Simpul Biawak?

Di dalam budaya orang Melayu terdapat satu fenomena yang dipanggil ‘simpul biawak’ atau ‘tarik mengkarung’. Ia adalah fenomena rasa sakit yang amat perit dan sering menyerang pada waktu tubuh badan sedang berehat. Tidak ramai yang pernah merasa kesakitan daripada fenomena ini. Tidak kurang juga beranggapan ia adalah satu keadaan yang sama dengan kekejangan otot atau ‘krem’, tetapi ianya berbeza sama sekali. Mengikut statistik hanya 15% sahaja orang dewasa yang pernah mengalami masalah ini, dan 10% pula pada perempuan yang sedang hamil.

Hanya beberapa hal yang sama seperti ‘krem’, simpul biawak sering terjadi pada bahagian kaki. Samaada di bahagian betis atau paha. Ibu yang sedang sarat hamil juga ada kemungkinan mendapat serangan ini selain daripada faktor keturunan dan gaya hidup seseorang. Berbeza dengan ‘krem’ atau kekejangan otot, simpul biawak adalah kekejangan pada saraf.

Ada banyak sebab yang menyebabkan hal ini. Antaranya adalah kerana saraf-saraf di bahagian otot  ketat dan tidak dilonggarkan selepas aktiviti kecergasan. Selain itu, kurangnya pengambilan air, garam mineral, dan karbohidrat juga boleh menjadi sebab terjadinya kejadian ini. Di dalam istilah perubatan pula ia dipanggil vena varikos. Penerangan yang paling jelas adalah ini kerana pengumpulan darah pada salur darah vena, dan menyebabkan salur darah itu membesar dan mula membelit. Vena varikos juga boleh berlaku di perut, jari tangan, tapak kaki, bahu, dan leher.

Mengikut perunding am dan vaskular masalah ini tidak dapat diubati tetapi dapat dikawal. Jika pesakit yang kerap diserang tidak bertindak untuk berjumpa pakar kemungkinan pembentukan ulser dalam saraf vena dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan menjadikan masalah ini lebih serius. Jika untuk ibu yang masih diserang simpul biawak sehingga 6 bulan selepas bersalin, terdapat satu kaedah rawatan yang dipanggil ‘endevour laser variscose’ yang agak mahal berbanding kaedah rawatan sebelumnya yang mana pakar akan membuang lebihan urat yang bersimpul melalui pembedahan kecil.

Ada banyak cara untuk mengelakkan serangan simpul biawak ini. Antaranya adalah;

  1. Kerap melakukan regangan atau pemanasan otot sebelum melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.
  2. Elakkan berdiri atau duduk bersila atau bersimpuh terlalu lama. Jika terpaksa berbuat demikian, maka gerak-gerakkanlah jari kaki agar darah sentiasa mengalir dengan lancar.
  3. Amalkan pemakanan yang sihat dan kawal berat badan.
  4. Memakai stokin atau sarung kaki yang sesuai dan tidak terlalu ketat.
  5. Menggunakan krim anti-varikositi yang boleh didapati di kedai ubat cina tradisional atau farmasi.
  6. Kerap mengamalkan pengambilan minuman isotonik untuk menggantikan garam dan air yang terhidrasi semasa dan selepas aktiviti kecergasan.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top