Connect with us

Kesalahan dalam Peribahasa Melayu yang kita belum Sedar

Kehidupan

Kesalahan dalam Peribahasa Melayu yang kita belum Sedar

Di dalam kebanyakan budaya pasti mempunyai sesuatu yang unik dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan. Begitu juga dengan bangsa Melayu, terkenal dengan peribahasa. Di dalam peribahasa pula terdapat simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Semua kumpulan peribahasa ini melambangkan kebijaksanaan orang-orang terdahulu dalam mengimpresikan sesuatu keadaan dengan cara yang penuh kias dan berseni.

Tetapi di dalam arus kemodenan ini, budaya dalam menggunakan peribahasa dalam perbualan seharian bagaikan pudar sedikit demi sedikit. Apa yang dapat kita puji adalah bagaimana media massa masih menggunakan peribahasa sebagai pendedahan kepada generasi baru kini.

Walaupun begitu tanpa kita sedar, terdapat beberapa peribahasa yang sebenarnya telah kita salah erti. Ini disebabkan oleh perubahan kepada penggunaan tulisan jawi ke tulisan rumi pada awal penjajahan Inggeris ke tanah Melayu. Sepertimana yang kita tahu, tulisan jawi tidak memiliki huruf-huruf vokal yang sama seperti huruf rumi. Oleh itu, banyak perkataan yang disalah erti sehingga mengubah maksud sebenar sesuatu perkataan.

Salah satu peribahasa yang sering kita dengar adalah, “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Pagar yang dimaksudkan bukanlah benteng atau penghadang. Jika kita perhatikan, tiada satu bendang atau sawah pun di Malaysia ini yang berpagar. Jika begitu, apakah pagar yang dimaksudkan itu? Yang sebenarnya adalah pegar, iaitu sejenis burung yang seakan-akan ayam dan cenderawasih. Ia adalah spesis burung yang pada masa dahulu dibela untuk memakan serangga perosak padi seperti ulat dan belalang. Tetapi dalam masa yang sama, burung ini juga memakan padi pesawah.

Selain itu, peribahasa yang kerap kita dengar juga adalah, “Seperti melepaskan batuk di tangga”. Jika dipikir dengan teliti, kenapa melepaskan batuk di tangga adalah mewakili perbuatan sia-sia. Kenapa tidak boleh berbatuk di tangga? Sebenarnya dalam peribahasa ini perkataan ‘batuk’ bukanlah membawa maksud batuk tetapi ‘batok’, sejenis pencedok atau gayung yang digunakan orang-orang dahulu untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

Akhir sekali, adalah peribahasa untuk “Mata keranjang”. Apakah itu keranjang? Ya, sejenis raga atau bakul yang dibuat daripada rotan, daun mengkuang, daun nipah, atau daun pandan. Tetapi apa pula kaitan mata keranjang dengan sifat orang lelaki yang suka melihat perempuan? Tiada kaitan melainkan kesilapan yang sama. Apa yang dimaksudkan adalah ‘mata ke ranjang’. Oleh sebab di dalam tulisan jawi huruf kaf tidak boleh di jarakkan dengan perkataan ranjang, maka selepas diubah ke tulisan rumi ia menjadi keranjang.

Ranjang atau katil membawa konotasi tidur atau senggama. Jadi apabila seseorang lelaki melihat perempuan dengan penuh nafsu kita akan memanggilnya ‘mata keranjang’ kerana mempunyai fikiran seolah-olah membayangkan perempuan yang dilihatnya itu bersamanya hingga ke tempat tidur.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top