Connect with us

Jenis-jenis Gula Ringkas dan bagaimana ia diproses dalam Badan

Makanan

Jenis-jenis Gula Ringkas dan bagaimana ia diproses dalam Badan

Gula sedia maklum adalah salah satu keperluan kalori setiap orang. Gula pasir atau gula putih yang kita sering jumpa disetiap dapur rumah juga dipanggil sebagai sukrosa. Setiap individu mempunyai kadar keperluan yang berbeza. Orang lelaki dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 9 sudu teh gula berbanding wanita dewasa hanya 6 sudu teh gula.

Sukrosa adalah gula kompleks yang mana di dalamnya mengandungi lagi dua gula ringkas yang dipanggil fruktosa dan glukosa. Masing-masing terdiri sama banyak iaitu 50%. Manakala gula ringkas yang dipanggil galaktosa pula hanya kita boleh temui pada produk tenusu.

Secara umumnya gula adalah sumber tenaga dan kalori. Tetapi setiap gula ringkas diproses dengan cara berbeza semasa ia dihadam. Glukosa bertindakbalas hanya dengan insulin yang dirembeskan oleh pankreas untuk mengubahnya menjadi tenaga. Oleh sebab itu, jangan hairan jika ada individu yang mengambil gula banyak tetapi tidak gemuk. Manakala yang tidak mengambil minuman manis pula begitu mudah untuk menjadi gemuk. Ini disebabkan oleh kadar rembesan insulin pada setiap orang adalah berbeza.

Lagi satu gula ringkas, fruktosa pula diubah menjadi glikogen yang kemudiannya disimpan di dalam hati. Glikogen hanya akan digunakan pada masa manusia tidak mendapat sumber tenaga daripada pemakanan. Walaupun begitu setiap individu hanya dapat menyimpan jumlah glikogen 100gram dalam satu-satu masa.

Setelah memahami cara setiap gula ringkas ini diproses, mengambil makanan yang tidak mengandungi glukosa bukanlah cara baik menjaga kesihatan. Manusia tetap memerlukan sumber tenaga yang boleh terus diguna dengan cepat setelah dihadam. Cara untuk mengawal kadar pengambilan gula ringkas glukosa mungkin dapat dikawal dengan jadual pemakanan. Contohnya jika anda meminum segelas teh pada waktu pagi. Elakkan mengambil minuman manis pada waktu tengah hari, dan langkau pengambilan minuman manis berikutnya pada waktu minum petang atau makan malam.

Mitos yang mengatakan pengambilan buah-buahan adalah tiada had pengambilan juga adalah sesuatu yang tidak tepat. Buah-buahan mempunyai rasa manis semula jadi. Rasa manis itu pula datangnya daripada fruktosa. Cuma buah-buahan mempunyai serat yang melambatkan proses penghadaman termasuk proses fruktosa kepada glikogen. Pengambilan buah-buahan yang berlebihan mungkin menyebabkan jumlah glikogen tersimpan akan berlebihan juga. Sekiranya tiada ruang untuk glikogen disimpan, maka glikogen tersebut akan bertukar menjadi trigliserida iaitu lemak asid yang melekat di bahagian luar hati.

Akhir sekali, galaktosa. Ia sejenis gula ringkas daripada gula kompleks laktosa. Disebabkan ia hanya dapat ditemui dalam produk tenusu seperti susu, maka bukan semua orang dapat menghadamnya. Ada kebanyakan orang dewasa yang elergik dengan susu. Malah ada yang akan mengalami masalah pencernaan selepas meminum susu. Ini disebabkan oleh individu itu tidak mampu atau kurangnya penghasilan enzim laktase di dalam badan.

Fakta yang kita semua perlu tahu juga adalah terdapat juga mikroorganisma yang tinggal di dalam usus besar kita memanfaatkan galaktosa sebagai sumber makanan mereka. Kemudian mereka akan melepaskan gas hidrogen dan metana. Gas-gas inilah yang akan kita lepaskan sebagai kentut. Jika anda kerap kentut atau kentut terlalu kuat baunya bermakna banyaklah mikroorganisma yang ada di dalam usus besar anda.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top