Connect with us

Apa Perkara yang paling dicari Majikan?

Kehidupan

Apa Perkara yang paling dicari Majikan?

Bekerja adalah satu lumrah. Semua orang bekerja baik makan gaji atau berniaga. Semua orang sedaya upaya ingin untuk mendapatkan duit dengan usaha sendiri kerana jumlahnya lebih banyak berbanding elaun yang diberi pasangan atau ibu-bapa. Dari pandangan majikan pula mengambil pekerja bagaikan memenuhi keperluan tugas dalam syarikat, tetapi pernahkah anda terfikir apakah perkara utama yang paling dititikberatkan oleh syarikat untuk mendapatkan pekerja?

Di sini saya lebih suka bercakap tentang penjawatan profesional/eksekutif atau separa eksekutif. Ini kerana jawatan seperti ini biasanya memerlukan kita untuk memiliki sijil, diploma, ijazah sarjana muda, dan sebagainya. Ramai kini yang sudah mempunyai kelulusan tinggi dan membuatkan majikan semakin sukar memilih pekerja terbaik untuk mereka.

Terdapat 3 sebab yang membuatkan sesebuah syarikat memilih anda. Setiap permintaan di dalam syarikat untuk menambah bilangan pekerja biasanya akan melalui bahagian sumber manusia. Dari sini mereka akan tahu kriteria asas yang sepatutnya ada pada seseorang calon.

Pertama adalah kemahiran atau kelulusan akademik. Kriteria ini adalah sangat umum dan biasanya pegawai sumber manusia sudah tahu sesuatu jawatan itu sepatutnya harus di duduki oleh calon yang pernah belajar atau bekerja dalam bidang itu. Sebahagian besar jawatan eksekutif sepatutnya mempunyai ijazah sarjana muda sekurang-kurangnya.

Kedua pula adalah pengalaman. Ini biasanya untuk tugas-tugas kritikal yang tidak memerlukan pengawasan atau pengawasan terhad daripada majikan. Jika jawatan seperti ini diberi pada calon yang tiada pengalaman sudah pasti apabila mula bekerja dia akan menjadi beban syarikat kerana terpaksa mengajar dan melatih individu itu sehingga mahir. Berlainan untuk calon berpengalaman. Mereka ini lebih matang dan tahu banyak hal berkaitan tugas mereka. Jadi dapat menjimatkan kos masa dan latihan.

Yang ketiga dan terakhir sekali adalah soft skill. Ini adalah kemahiran yang paling utama dan sangat-sangat dicari oleh banyak syarikat pada masa kini. Soft skill dalam erti kata lain juga membawa maksud kebolehan, bakat, dan personaliti yang baik. Sebagai contoh kewibawaan seseorang memimpin, agresif dalam memberi pendapat dan menyelesai masalah, membantu rakan-rakan, pandai bergaul, dan boleh menerima nasihat. Dengan mengambilkira kemahiran ini juga sesebuah syarikat akan mendapat nilai ganda kerana setiap pekerjanya akan berlumba-lumba untuk membantu memajukan syarikat. Banyak masalah dapat diselesaikan dan syarikat mungkin tidak perlu mengeluarkan kos latihan dan annual/office trip untuk memastikan setiap pekerja sentiasa align antara satu sama lain.

Jadi dengan memahami keperluan syarikat yang ada di luar sana, semua calon pekerja atau yang sedang mencari pekerjaan dapat menyiapkan diri dalam menempuh alam pekerjaan. Ya benar kelulusan dan pengalaman penting, tetapi lebih penting juga untuk kita menguasai soft skill. Ramai pesaing di luar sana yang berlumba-lumba untuk membina kerjaya yang baik dengan bekerja di dalam syarikat yang besar. Diharap dengan adanya soft skill anda akan menjadi seseorang yang unik dan bernilai di mata bakal majikan.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top