Connect with us

Pantang larang ketika menggunakan Komputer

Teknologi

Pantang larang ketika menggunakan Komputer

Komputer kini menjadi gadjet ke dua terpenting selepas handphone. Baik komputer riba, atau komputer unit. Setiap orang menggunakan komputer dengan cara yang berbeza. Ada yang menggunakan hanya untuk bekerja, ada yang menggunakan untuk permainan video, mengulangkaji pelajaran, medium untuk webinar, komunikasi, dan sebagainya. Tetapi tahukah kita semua, ada beberapa pantang larang yang harus kita perlu jaga agar komputer kita itu dapat bertahan lama?

  1. Jangan “force shutdown” komputer anda atau abaikan kemaskini windows.
  • Mungkin ramai yang selalu skip windows update, kerana merasa ia menjengkelkan. Tetapi apa yang Microsoft corp. buat itu adalah untuk melindungi komputer kita. Dari kemaskini tersebut, driver yang ada di dalam komputer akan menerima penambahbaikan daripada segi prestasi dan penjimatan kuasa. Selain itu, kemaskini juga dapat melindungi komputer daripada malware-malware yang mungkin dapat menjejaskan data dan komponen komputer kita pada masa mendatang.

  1. Jangan mengalihkan komputer dengan kerap dan agresif ketika ia sedang digunakan/hidup.
  • Pantang larang ini mungkin hanya untuk pengguna komputer riba yang masih menggunakan jenis storage device harddisk (HDD). Seperti mana kita tahu HDD mempunyai cakera dan lain-lain komponen mekanikal unit yang agak sensitif dengan pergerakan. Oleh itu, sangat tidak digalakkan mengalih komputer riba anda secara kerap ketika ia sedang hidup.

  1. Jangan meletakkan komputer riba anda di atas tilam, bantal, atau kain ketika ia sedang hidup.
  • Pantang larang ini juga khusus untuk pemilik komputer riba. Jika anda sedar di bahagian bawah komputer riba mempunya liang-liang udara. Tujuan ia sebegitu adalah untuk mengelakkan pengumpulan udara panas di dalam komputer. Udara panas akan masuk atau keluar dari liang tersebut untuk memastikan suhu komponen di dalam komputer tersebut pada tahap optimum. Jika komputer terlalu panas, komputer tersebut akan mengalami kerosakan.

Begitulah pantang larang yang dapat dikongsikan di sini berdasarkan pengalaman dari segi teknikal. Gunakan komputer dengan cara bijak dan elakkan melakukan hal-hal di atas agar tidak berlaku kerosakan-kerosakan yang sebenarnya dapat kita elakkan.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top