Connect with us

Kelebihan daripada Aktiviti membaca Buku

Kehidupan

Kelebihan daripada Aktiviti membaca Buku

Membaca adalah salah satu aktiviti yang sering kita lakukan semasa kita mula membesar. Seawal usia 4 tahun, kita semua sudah mula di ajar ABC sebagai persediaan menempuh alam persekolahan. Kemudian semasa di peringkat sekolah pula pihak sekolah akan menganjurkan program NILAM bertujuan menggalakkan pelajar dan murid-murid menjadikan aktiviti membaca sebagai 1 budaya.

Tetapi berapa ramai dari kita yang masih lagi mengamalkan aktiviti membaca ini walaupun sudah mengakhiri zaman persekolahan?

Di sini saya senaraikan 4 PERKARA atau kelebihan daripada aktiviti membaca;

  1. Melatih diri untuk bersabar. Bayangkan jika sesebuah buku itu mengandungi banyak muka surat/tebal. Bolehkah anda siap membaca dalam tempoh yang singkat? Tentulah tidak, sebaliknya tuntutan masa dan komitmen amatlah di perlukan.
  2. Melatih diri untuk fokus. Pernah atau tidak anda siap membaca sesebuah buku dan terus menyerap segala ilmu yang ada di dalam buku itu? Ia sangat mustahil dapat dilakukan melainkan kita perlu membelek beberapa kali pada muka surat sebelumnya yang kita telah baca. Fokus ini adalah satu kemahiran dan teknik yang perlu sentiasa dilatih dari semasa ke semasa.
  3. Membentuk gaya berfikir. Kita semua membesar dengan pengaruh ibu-bapa, adik-beradik, dan saudara-mara. Apabila kita mula bersekolah, kita mungkin akan terpengaruh pula dengan rakan sebaya dan guru. Dalam tempoh hidup ini persekitaran dan kelompok masyarakat sekeliling akan berperanan membentuk gaya berfikir kita. Apabila kita mula membaca, kita seolah-olah membiarkan diri kita dipengaruhi oleh buku pula kerana lumrah manusia, “Human like to Believe”. Daripada membaca kita akan mula mengembangkan perspektif dan ilmu pengetahuan.
  4. Melatih diri untuk berhujah dengan benda senyap. Dalam proses membaca, pernah atau tidak kita berasa tidak setuju dengan sesuatu hal dan apa pula tindakan kita? Jika ketidakpuasan itu kita luahkan pada buku, adakah kita mendapat sebarang faedah. Tentulah tidak melainkan kita akan bertanya pada orang yang pakar untuk menentukan sesuatu fakta itu betul atau tidak. Boleh juga kita mencari lebih banyak lagi bacaan yang berkaitan untuk menentukan mana fakta yang lebih tepat. Sekali gus menjadikan kita sebagai seorang pembaca yang matang dalam menilai sesuatu maklumat.

Kesimpulannya adalah, membaca bukanlah satu aktiviti yang hanya kita perlu buat untuk mendapatkan maklumat. Hari ini, ramai orang yang berkomunikasi dan mencari maklumat melalui dunia maya. Dari sini juga kita membaca tetapi nilai yang sama mungkin kita tidak akan dapat dengan membaca buku sebenar. Oleh itu, marilah kita semua menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top