Connect with us

Persediaan yang semua orang perlu buat sebelum Perkahwinan

Kehidupan

Persediaan yang semua orang perlu buat sebelum Perkahwinan

Apakah salah satu impian orang-orang yang berumur antara 19 hingga 30 tahun?

Memiliki rumah? Memiliki kereta? Menamatkan pengajian ijazah sarjana? Membawa ibu-bapa menunaikan haji?

Bagaimana dengan perkahwinan? Semua orang mengimpikan perkahwinan bukan? Lebih-lebih lagi perkahwinan impian dengan pasangan idaman yang telah anda tetapkan.

Tetapi berapa ramai antara kita yang dapat mengecapi impian tersebut sebelum berumur 30?

Di sini  5 PERKARA yang anda perlu lakukan untuk memastikan impian anda itu tercapai;

  1. Tetapkan ciri-ciri pasangan yang anda inginkan:

-Tetapkan ciri-ciri yang spesifik seperti umur, pekerjaan, gaji, asal-usul, dan aset semasa.

-Perkara seperti pekerjaan, gaji, dan aset semasa amatlah penting untuk memastikan pasangan anda itu bersedia bukan sahaja dari segi mental tetapi juga persediaan kewangan

-Agama dan keturunan juga jangan dilupa seperti mana sunnah baginda Rasulullah s.a.w.

-Tetapkan juga ciri-ciri peribadi seperti fizikal, sikap, gaya bercakap, gaya berjalan, dan cara pergaulan.

  1. Tetapkan tahun sasaran:

-Ini amat penting kerana mungkin ada sesetengah dari anda ingin mencapai impian tertentu sebelum berkahwin

-Jadi oleh itu anda perlu senaraikan impian-impian yang anda hendak capai terlebih dahulu, agar anda tidak tertinggal. Semak impian setiap tahun kerana mungkin ada perubahan bergantung pada situasi-situasi tertentu.

  1. Buat persediaan kemahiran:

-Persediaan kemahiran adalah berbeza bagi setiap individu

-Sebagai contoh, jika seseorang perempuan itu berasal dari kehidupan luar bandar. Mungkin perlu tahu cara memasak dan mengemas rumah.

-Bagi lelaki pula, melatih dan membiasakan diri untuk menjadi imam dalam solat adalah penting bagi yang menganut agama Islam.

  1. Buat persediaan mental:

-Cabaran terbesar dalam perkahwinan adalah mengenali pasangan. Hal ini akan lebih mencabar untuk pasangan yang bercinta kurang dari satu tahun sebelum perkahwinan. Kerana proses mengenali pasangan tidak semestinya boleh mengambil masa yang singkat. Ada juga pasangan yang boleh berpisah walaupun setelah lebih 10 tahun berkahwin.

Setiap individu dibesarkan dalam persekitaran yang mungkin berbeza. Kesan dari pengalaman hidup yang berbeza menjadikan tahap kematangan, dan cara berfikir seseorang itu berbeza.

-Pasangan yang dalam proses perkahwinan juga perlu membuat perancangan dari segi penghasilan zuriat.

  1. Buat persediaan kewangan:

-Memang betul kahwin hanya sekali, tetapi berhabis duit semata-mata untuk perkahwinan bukanlah satu tindakan yang bijak.

-Elakkan daripada meminjam. Buat simpanan khas untuk hantaran dan persiapan perkahwinan.

-Kerap mengingatkan pasangan tentang rancangan perkahwinan agar pasangan sentiasa mengawal perbelanjaan.

-Buat kajian tentang pakej-pakej perkahwinan yang memberikan nilai terbaik mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

Kesimpulannya, perkahwinan bukanlah matlamat atau impian jangka masa pendek. Sepertimana persiapannya yang agak terperinci, begitulah terperincinya dalam mengurus dan mengekalkan sesuatu perkahwinan itu. Ingatlah matlamat perkahwinan adalah kebahagiaan dan setiap apa yang kita buat sepanjang proses sebelum, semasa, dan selepas perkahwinan adalah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar. Selamat berumahtangga.

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top