Connect with us

SELF-DRIVING CARS: KERETA TANPA PEMANDU

Automotif

SELF-DRIVING CARS: KERETA TANPA PEMANDU

Beberapa tahun yang lalu idea tentang kereta automatik tanpa pemandu yang mampu bergerak sendiri dianggap sebagai suatu idea gila yang hanya wujud dalam kisah sains fiksyen. Namun, kini, ia bukanlah sesuatu yang mustahil dan hampir menjadi realiti. Setiap syarikat automotif terkemuka kini sangat berminat dalam pelaburan bagi menghasilkan kereta automatik tanpa pemandu ini.

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat lima tahap utama bagi kenderaan automatik ini, iaitu:

  1. Tahap 1 (Level 1)

Ini adalah jenis paling asas di mana ia menggunakan data daripada sensor dan kamera dan pemandu masih lagi diperlukan. Ia sebenarnya telah bermula pada akhir 1990-an oleh syarikat Mercedes-Benz, manakala Honda pula telah memperkenalkannya pada sekitar 2008, iaitu dengan konsep lane-keep assist. Pada tahap 1 ini, kawalan daripada pemandu masih diperlukan.

  1. Tahap 2 (Level 2)

Tahap 2 untuk kereta tanpa pemandu atau kereta automatik ini adalah seperti apa yang sedang berlaku kini. Komputer mengambil alih fungsi pemandu dan cukup bijak untuk mengawal kelajuan dan sistem stering bersama pelbagai jenis sumber data. Syarikat Mercedes menyatakan bahawa mereka telah membuat perancangan berkaitan kenderaan ini selama empat tahun. Malah, siri Mercedes S-Class yang dikeluarkannya telah menunjukkan Tahap 2 ini dengan data lengkap untuk membrek secara automatik, mengawal jarak dengan kenderaan di hadapan dan bergerak kembali setelah laluan tidak sibuk dengan pemandu yang tidak perlu melakukan apa-apa.

  1. Tahap 3 (Level 3)

Tahap 3 ini dipanggil sebagai conditional automation, iaitu sejenis mod yang lebih spesifik, dengan membenarkan kesemua aspek pemanduan telah dilakukan buat si pemandu, tetapi pemandu masih perlu memberi respon kepada permintaan sistem untuk mengambil alih. Audi dengan model barunya yang dipanggil A8, telah meletakkan model ini sebagai sebuah kereta yang berpotensi untuk memandu sendiri dalam keadaan tertentu, di mana ia mampu mengawal pada keadaan keselamatan kritikal. Pemandu masih diperlukan, tetapi boleh melepaskan pemanduan pada jangkamasa tertentu.

  1. Tahap 4 (Level 4)

Dalam dekad seterusnya, kereta automatik pada Tahap 4 ini dijangka akan mampu memandu sendiri dengan data yang lebih banyak, komunikasi antara kenderaan dan pemetaan. Ia juga dipanggil sebagai genuine hands-off driving, iaitu memandu sendiri di sekitar kawasan metropolitan.

  1. Tahap 5 (Level 5)

Perbezaan antara Tahap 4 dan 5 ini cukup mudah, jika Tahap 4, kemampuan untuk kereta tanpa pemandu ini hanyalah untuk bergerak di sekitar kawasan urban dengan persekitaran yang penuh infrastruktur serta penanda jalan, namun Tahap 5 untuk kereta ini adalah ia mampu untuk memandu sendiri di mana-mana sahaja. Bagaimana? Ini dijangka berlaku dengan adanya dunia baru dengan jumlah dan frekuensi data yang lebih canggih. Dan ia dikatakan bakal menjadi realiti menjelang tahun 2035.

Dalam perkembangan lain, Goggle spin-off Waymo telah melancarkan perkhidmatan teksi self-driving pada tahun 2018, dengan terhad kepada jalan-jalan di sekitar Phoenix, Arizona. Dan, syarikat-syarikat automotif  lain seperti Ford, GM dan Uber juga sedang giat untuk mengeluarkan perkhidmatan yang serupa. Kereta tanpa pemandu bukanlah sesuatu yang mustahil, malah, kita mungkin mampu melihatnya menjelang tahun 2020!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top