Connect with us

INHALER DIGITAL: PENYELESAIAN BAGI PESAKIT ASMA

Kehidupan

INHALER DIGITAL: PENYELESAIAN BAGI PESAKIT ASMA

Bidang perubatan juga tidak terkecuali dalam mengalami perkembangan drastik berkaitan teknologi dalam memudahkan rawatan buat para pesakit. Terdapat beberapa trend baru yang dapat dilihat dalam perkembangan teknologi bidang perubatan dan salah satu daripadanya ialah penggunaan inhaler digital. Inhaler merupakan pilihan rawatan utama yang diambil oleh para pesakit asma dan penggunaan inhaler yang betul boleh memberikan kesan efektif kepada hampir 90% pesakit asma.

Namun, secara realitinya, kajian menunjukkan bahawa hanya 50% sahaja daripada pesakit asma mampu mengawal keadaan mereka dengan penggunaan inhaler, manakala 94% lagi tidak mampu menggunakan inhaler dengan tepat. Dalam hal ini, syarikat farmaseutikal mula mencari jalan penyelesaian bagi membantu para pesakit asma dan memudahkan penggunaan inhaler untuk keadaan penyakit mereka.

Setelah beberapa siri kajian, syarikat farmaseutikal TEVA akhirnya telah berjaya mengeluarkan inhaler digital pertama pertama yang dinamakan sebagai ProAir Digihaler (albuterol sulfate). Penghasilan inhaler digital ini dijangka dapat menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh pesakit asma dalam mengendalikan inhaler mereka.

ProAir Digihaler ini dibina dengan menggunakan formulasi inhaler RespiClick, yang mana ia mempunyai sensor atau pengesan yang boleh membantu mengenalpasti dan menyambungkann data kepada aplikasi telefon. Pesakit akan menggunakan aplikasi untuk mengimbas kod QR pada bahagian atas inhaler berkenaan, yang mana ia akan menyambungkan inhlaer tersebut dengan aplikasi.

ProAir Digihaler ini sebenarnya boleh membantu menentukan bagaimana  seseorang pesakit menggunakannya, di mana sensor tersebut akan mengukur nafas pesakit dan melihat bagaimana seseorang pesakit itu dapat bernafas, dan seterusnya memberikan rating. Malah, ia juga dilengkapi dengan teknologi bluetooth dan laporan data yang disalurkan melalui aplikasi boleh dikongsi bersama dengan pihak pegawai perubatan.

Proses penghasilan ProAir Digihaler ini akhirnya telah diberi kebenaran untuk digunakan dan dipasarkan oleh pihak FDA, yang mana ia bermakna inhaler digital ini akhirnya boleh dimiliki oleh para pesakit. Namun, secara realitinya, ia masih lagi dalam tempoh percubaab oleh pihak syarikat dan dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2020.

Penggunaan teknologi baru dalam inhaler digital ini diharapkan dapat memberikan keselesaan buat para pesakit asma, dan seterusnya membantu mereka untuk menggunakan inhaler dengan lebih baik dan betul bagi mengatasi keadaan asma mereka. Teknologi perubatan digital ini juga dijangka akan berkembang dengan lebih banyak dengan melibatkan penghasilan banyak lagi peralatan lain yang membantu merawat penyakit dan memudahkan keadaan pesakit.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top