Connect with us

FOLDABLE SMARTPHONE: KEMUNCULAN YANG DINANTI

Hiburan

FOLDABLE SMARTPHONE: KEMUNCULAN YANG DINANTI

Tahun 2019 menyaksikan suatu lagi transisi baru dalam perkembangan teknologi telefon pintar dengan trend foldable phone. Kemunculan trend foldable phone ini adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh para peminat teknologi baru telefon pintar. Malah, kemunculan trend baru ini bersama dengan slider phone dijangka akan menjadi trend paling hangat bagi tahun ini dalam perkembangan teknologi telefon pintar.

Kebanyakan syarikat pengeluar telefon utama dunia kini sedang giat membangunkan prototaip masing-masing bagi mengikuti trend foldable smartphone ini. Ini merupakan antara senarai prototaip foldable smartphone yang dijangka mendapat tumpuan hangat bagi semua pengguna bagi tahun 2019.

  1. Samsung Galaxy Fold

Samsung sebagai antara organisasi terkemuka dalam perkembangan teknologi terkini telah membuat perancangan bagi melancarkan foldable smartphone keluaran mereka pada penghujung April yang lalu. Malah, harga permulaan untuk foldable smartphone ini juga telah ditentukan. Namun, proses pelancaran tersebut telah ditangguhkan buat sementara akibat daripada beberapa unit percubaan foldable smartphone yang dikeluarkan mengalami beberapa masalah. Pada bulan Mei, pihak Samsung telah mengumumkan bahawa syarikat telah berjaya mengatasi isu dan masalah yang dihadapi dalam unit percubaan telefon pintar tersebut, namun tarikh pelancarannya masih belum dapat ditentukan.

Foldable smartphone ini yang diberi nama sebagai Samsung Galaxy Fold ini mempunyai beberapa ciri penting, antaranya ialah infinity flex display yang telah diperkenalkan oleh pihak Samsung pada November tahun lalu. Apabila dibuka lipatan pada telefon berkenaan, skrin tersebut boleh memanjang sehingga 7.3 inci, dan ciri Samsung’s App Continuity membolehkan pengguna terus menggunakan aplikasi yang telah dibuka sehingga 4.6 inci pada paparan mode tablet. Baterinya terbahagi kepada dua, iaitu satu bateri untuk setiap bleh bahagian lipatan, dengan gabungan kuasa sehingga 4,380 mAh. Processor bersaiz 7 nanometer pula memberi kuasa kepada telefon ini dengan RAM sebanyak 12GB. Malah, Galaxy Fold ini telah menambahkan fungsi kameranya, iaitu sebanyak enam kamera keseluruhannya, iaitu tiga di bahagian belakang, dua kamera di dalam dan satu kamera bahagian hadapan.

Masalah yang ditemui pada Galaxy Fold ini ialah pada bahagian paparan skrinnya, di mana sebelah daripada paparan skrin lipatannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun, Samsung dikatakan telah berjaya mengatasi masalah ini dan hanya menunggu masa yang sesuai bagi membuat pelancarannya. Apapun, kita hanya perlu menanti kemunculannya!

  1. Huawei Mate X

Syarikat Huawei juga tidak terkecuali dalam mengeluarkan foldable smartphone mereka yang tersendiri yang dinamakan sebagai Mate X. Ciri penting yang terdapat telefon ini ialah apabila berada dalam keadaan yang tidak dibuka lipatannya, ia boleh digunakan sebagai sebuah tablet dengan saiz 8 inci.

Jika anda melipat telefon ini, maka anda akan dapat melihat dua skrin berbeza, satu skrin hadapan yang berukuran 6.6 inci, serta satu skrin bahagian panel belakang yang berukuran 6.4 inci. Mate X yang terlipat hanyalah senipis 11mm, dan tiada sebarang ruangan antara skrin-skrinnya, yang menjadikannya lebih mudah untuk disimpan. Ia juga menggunakan sepasang bateri dengan gabungan kuasa sehingga 4,500 mAh.

Mate X ini dijangka dilancarkan pada bulan Jun, namun, bagi mengambil langkah keselamatan iaitu untuk memastikan ia benar-benar dapat berfungsi dengan baik, pelancaran bagi telefon ini dijangka berlangsung pada September.

  1. Motorola

Motorola juga kini sedang dalam proses bagi pengeluaran foldable smartphone mereka, iaitu membaikpulih model lagenda RAZR bagi menjadikannya sebuah foldable smartphone.  Ia dikatakan akan mampu dibuka lipatannya sehingga 6.5 inci dan dijangka dapat memberi saingan kepada jenama lain dalam pasaran.

  1. Royole FlexPai

Secara kronologinya, foldable smartphone yang pertama sebenarnya telah dilancarkan pada November tahun lalu. Ia mungkin tidak sebegitu hebat jika dibandingkan dengan Samsung dan Huawei, namun foldable smartphone ini yang dinamakan sebagai FlexPai mampu memberi saingan sengit kepada jenama telefon pintar gergasi yang lain.

Ia mempunyai skrin AMOLED yang berukuran 7.8 inci dengan resolusi 1920 x 1440, dan ukuran penuh sebanyak 7.5 x 5.3 x 0.3 inci. Fungsi FlexPai ini turut dilengkapkan dengan dua buah kamera pada ukuran 16 dan 20 megapixels. Ia juga mempunyai RAM sebanyak 8GB dan penstoran sebanyak 128GB. Telefon pintar boleh lipat FlexPai ini boleh digunakan dalam bentuk skrin penuh, bentuk telefon biasa dan tent mode. Meskipun masih banyak kekurangan pada model yang dikeluarkan, ia sebenarnya masih mampu mencuri perhatian dalam kalangan peminat telefon pintar.

  1. LG

Desas desus mengatakan bahawa syarikat gergasi LG juga turut mempunyai perancangan tersendiri dalam pengeluaran foldable smartphone. Malah, syarikat ini juga telah menunjukkan model prototaip bagi LG G8 ThinQ serta LG V50 ThinQ yang dilengkapi teknologi 5G kepada umum.

Model yang ditunjukkan ini mempunyai suatu fungsi add-on yang dipanggil Dual Display, yang mana ia menambahkan panel kedua pada telefon berkenaan dengan ukuran 6.2 inci. Paparan ini membolehkan pengguna untuk membuka dua aplikasi pada satu masa, yang lebih memberi kemudahan kepada pengguna. Syarikat LG dikatakan telah mendaftarkan tiga nama untuk jenama baru ini, iaitu Flex, Foldi dan Duplex.

Kesemua syarikat pengeluar gergasi bagi jenama terkemuka telefon pintar dunia kini sedang bersaing sesama sendiri dalam menghasilkan foldable smartphone terbaik bagi pengguna. Anda teruja? Sama-sama kita nantikan kemunculan foldable smartphone ini tidak lama lagi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top