Connect with us

INOVASI TAYAR MASA DEPAN

Automotif

INOVASI TAYAR MASA DEPAN

Tayar merupakan antara komponen utama yang membentuk sesebuah kenderaan dan merupakan bahan paling penting dalam industri automotif. Sesebuah kenderaan tidak akan mampu untuk berfungsi dan memberi faedah kepada pengguna tanpa sokongan daripada sistem tayar yang efisen. Tayar yang baik akan mempengaruhi segala-galanya dalam kenderaan, termasuklah pemanduan kenderaan yang selamat, serta meningkatkan prestasi sesebuah kenderaan.

Seiring dengan perkembangan dalam teknologi automotif, inovasi dalam pembuatan tayar juga turut sama mengalami evolusi ke arah penghasilan produk tayar yang lebih mesra pengguna, mesra alam dan lebih selamat. Malah, para ahli teknologi dalam pembuatan tayar turut membayangkan kemungkinan penggunaan tayar dengan kuasa elektrik atau dengan komponen elektrik pada masa hadapan sebagai suatu inovasi dalam pembuatan tayar.

Berikut merupakan antara teknologi yang dijangka akan memberikan dimensi dan inovasi dalam pembuatan tayar kenderaan pada masa hadapan.

  1. Tayar pintar (smart tyres)

Para pereka bentuk dan ahli teknologi pembuatan tayar telah lama membayangkan rekabentuk tayar pintar bagi sebuah kenderaan. Hinggalah, pada tahun 2017, iaitu sewaktu Tokyo Motor Show 2017 berlangsung, konsep berkaitan dengan tayar pintar ini telah diperkenalkan kepada para pengunjung. Pengeluar seperti Sumitomo Rubber Industries telah merekabentuk suatu teknologi baru dengan sensing core, active tread dan beberapa bahagian teknologi lain bagi mengubah keadaan tayar seperti yang dikehendaki.

Antara fungsi dalam teknologi tersebut ialah bagi menganalisis keadaan permukaan jalan dan mengenalpasti mana-mana kerosakan. Malah, ada juga pengeluar tayar yang melakukan konsep rekabentuk tayar atau roda yang boleh diubah (adjustable wheel concept) mengikut keadaan yang tertentu. Konsep ini membantu pemandu dan pengguna untuk mengawal jumlah kuantiti getah yang bersentuhan dengan permukaan jalan dan seterusnya mengubah tekanan dalam tayar mengikut keadaan permukaan jalan. Contohnya ialah apabila permukaan jalan menjadi licin, keadaan tayar akan mengembang bagi membolehkannya membuat cengkaman yang lebih kuat dan meningkatkan kawalan terhadap pemanduan kenderaan.

  1. Tayar bercorak 3 dimensi (3D printed tyres)

Penghasilan tayar 3 dimensi ini akan mengubah kembali cara bagaimana kenderaan automotif dihasilkan dan memberi inovasi baru dalam penghasilan tayar kenderaan. Pengeluar tayar gergasi seperti Michelin telah melakukan proses rekabentuk bagi tayar semua dalam satu (all-in-one) yang diperbuat daripada bahan-bahan biodgradable dengan kemasan salutan getah yang boleh digunakan kembali apabila tayar telah lama digunakan atau haus.

Corak yang akan digunakan pada tayar ini ialah 3 dimensi yang iperbuat daripada pelbagai jenis bahan kitar semula. Antara bahan kitar semula tersebut ialah hasil kulit organik (organic peels) dan lebihan daripada woodchips (scrap from woodchips) yang akan membantu bahagian rubber tread apabila ia mengalami kerosakan. Penggunaan teknologi 3 dimensi ini akan menjadikan sesebuah kenderaan itu lebih mudah untuk berfungsi di atas jalan seandainya berlaku keadaan di mana tayar berkenaan mengalami kerosakan dan perlu dibaiki dengan segera.

  1. Run-flat tyres

Satu lagi inovasi dan teknologi dalam pembuatan tayar yang boleh dianggap menarik ialah penghasilan run-flat tyres. Ini merupakan inovasi di mana sesebuah tayar itu masih mampu berfungsi dan bergerak meskipun dalam keadaan pancit. Banyak pengeluar tayar kini telah memulakan transisi dalam penghasilan tayar yang mampu bergerak dalam keadaan pancit bagi meningkatkan keselamatan pemanduan dan menambahkan prestasi kenderaan.

Malah, sebagai ciri tambahan, ia juga mampu untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar bagi kenderaan tersebut. Inovasi dalam penghasilan run-flat tyres ini dianggap sebagai sesuatu yang baru dan menarik kerana ia dikatakan masih mampu bergerak meskipun dalam keadaan yang pancit.

  1. Tayar elektrik (electric tyres)

Syarikat pengeluar Vereecken telah memberikan cadangan berkaitan dengan penghasilan tayar elektrik bagi meningkatkan prestasi kenderaan dan cadangan ini dianggap sebagai relevan dan tepat pada waktunya. Teknologi ini adalah sesuatu yang praktikal dan menjadikan pemanduan harian lebih selamat serta memudahkan. Malah, apa yang lebih penting ialah melalui penggunaan tayar elektrik ini, proses penggantian tayar dapat dilakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi dan pembayaran yang banyak.

Ini merupakan antara cadangan inovasi bagi penghasilan tayar bagi masa hadapan, dan kini prototaip bagi tayar-tayar dengan teknologi baru ini sedang giat dibangunkan oleh banyak pengeluar tayar terkemuka dunia. Diharapkan melalui inovasi baru ini dapat meningkatkan lagi prestasi sesebuah kenderaan dan turut menjamin keselamatan dalam pemanduan kenderaan.

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top