Connect with us

APA PILIHAN REKA BENTUK KABINET DAPUR ANDA?

Kehidupan

APA PILIHAN REKA BENTUK KABINET DAPUR ANDA?

Setiap orang pastinya mempunyai ruang kegemaran masing-masing dalam kediaman mereka. Anda pula bagaimana? Apa ruang yang anda gemari? Dan bagaimana pula anda menghias ruangan tersebut? Bagi golongan wanita dan ibu pula, sudah pasti ruang yang paling mereka sukai adalah ruangan dapur. Dalam hal ini, kabinet dapur merupakan antara perkara yang paling utama bagi sesebuah ruangan dapur. Kabinet dapur yang praktikal, cantik dipandang serta menyerikan ruang dapur bukan sahaja memberi keselesaan, malah turut memudahkan kerja-kerja memasak di ruangan dapur anda.

Bagi anda yang gemarkan reka bentuk kabinet dapur dengan gaya moden, terdapat banyak pilihan yang boleh anda cari dan sesuaikan mengikut kehendak anda. Di sini kami senaraikan beberapa jenis contoh reka bentuk kabinet dapur moden yang cantik dan mungkin menepati pilihan anda.

1.Kabinet dapur berwarna (colored kitchen cabinet)

Bagi anda yang sukakan warna-warna tertentu bagi menyerikan ruang dapur anda, maka anda boleh memilih design kabinet dapur moden yang berwarna. Kabinet dapur berwarna ini sebenarnya boleh memberi personaliti tersendiri bagi dapur anda. Warna neutral sering menjadi pilihan ramai, namun bagi gaya moden yang mempunyai sentuhan klasik, warna-warna seperti kelabu, biru dan putih turut boleh dijadikan sebagai pilihan utama untuk kabinet dapur anda.

2.Kabinet kayu bertekstur (textured kitchen cabinet)

Kabinet kayu yang diperbuat daripada kayu bertekstur ini boleh dijadikan pilihan bagi anda yang sukakan gaya moden asli.

3.Kabinet dapur high gloss

Ini merupakan antara reka bentuk kabinet dapur yang semakin menjadi pilihan ramai individu pada masa kini. Kabinet dapur dari jenis high gloss ini memberikan ciri moden yang menarik bagi ruangan dapur anda. Malah, ia juga mudah untuk dibersihkan, iaitu dengan menggunakan kain lembap bagi membersihkan permukaannya.

4.Kabinet dapur dwi-tona

Trend terkini bagi rekaan kabinet dapur adalah dengan menggunakan dwi tona warna bagi menaikkan lagi seri ruangan dapur. Anda boleh menggunakan dua tona warna berbeza bagi kabinet pada bahagian bawah dan atas bagi memberikan kesan yang lebih segar bagi kabinet dapur anda.

5.Kabinet dengan sentuhan stainless steel

Pada masa kini, semakin ramai yang berminat untuk menggunakan stainless steel sebagai material dan reka bentuk dalam penghasilan kabinet dapur mereka. Pilihan reka bentuk yang boleh anda gunakan ialah dengan memilih sebahagian daripada material yang membentuk kabinet dapur daripada stainless steel bersama dengan material lain seperti kayu atau melamine. Malah, anda juga boleh menggunakan sepenuhnya stainless steel sebagai bahan utama untuk kabinet dapur anda.

6.Kabinet dengan mirrored island

Bahagian island pada kabinet dapur anda boleh direka bentuk dengan meletakkan kaca bagi membentuk cermin. Penggunaan cermin ini boleh membantu membuatkan ruang dapur anda untuk tampak lebih luas dan memberikan sentuhan elegan pada kabinet dapur berkenaan.

7.Kabinet dengan kitchen island bersegi

Kebiasaannya, sesebuah kitchen island yang mempunyai bentuk empat segi yang biasa. Apa kata anda ubah kebiasaan dalam reka bentuk kitchen island ini dengan memilih bentuk bersegi yang unik dan lain daripada biasa. Ini bukan sahaja memberi keunikan pada keseluruhan kabinet dapur anda, malah memberi lebih banyak ruang untuk kitchen island itu sendiri.

8.Kabinet dapur dengan reka bentuk vertical paragon

Reka bentuk ini mengubah kebiasaan kabinet dapur dengan gaya kabinet yang diletakkan secara vertical pada bahagian dinding. Ini memberikan ciri inovatif pada keseluruhan kabinet dapur anda.

9.Kabinet dapur dengan permukaan marble

Reka bentuk cooktop yang diperbuat daripada marble juga merupakan antara reka bentuk kabinet dapur yang banyak menjadi pilihan ramai. Ia memberi ciri moden dan gaya ringkas yang boleh memberikan suasana menarik bagi ruangan dapur anda.

10.Kabinet dengan streamlined storage

Anda juga boleh memilih reka bentuk kabinet dapur dengan gaya streamlined pada bahagian kabinet penyimpanannya. Ia bukan sahaja cantik, malah memberikan gaya unik untuk kabinet dapur anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top