Connect with us

Apa itu VISUAL NOVEL?

Hiburan

Apa itu VISUAL NOVEL?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam segmen teknologi ini, kita akan berkenalan dengan suatu aplikasi permainan video cereka interaktif (games) yang dinamakan sebagai visual novel. Bagi anda yang meminati anime, ini adalah games yang paling sesuai untuk anda. Sebelum itu, mari kita selidiki dahulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan visual novel ini? Adakah ia sebuah novel seperti yang biasa kita baca? Apa pula maksudnya visual itu?

 

Secara mudahnya, visual novel ini ialah sebuah novel, tetapi dengan visual, yang mana ia boleh dimainkan sendiri oleh anda. Sesuatu visual novel ini boleh mempunyai jalan cerita yang padat dan kompleks bagi melengkapkan satu permainan. Malah, visual novel ini juga boleh mempunyai lagu tema yang khusus (original soundtrack) untuk setiap kisah atau cerita yang dipersembahkan. Bagi yang masih keliru, ini boleh diumpamakan seperti anda menonton drama atau filem yang mengandungi jalan ceritanya yang tersendiri bagi melengkapkan beberapa episod serta mempunyai lagu temanya sendiri. Bezanya, visual novel ini dipersembahkan dalam bentuk grafik anime dan anda boleh mengambil bahagian dalam melengkapkan jalan ceritanya dan plot yang diketengahkan.

Visual novel juga boleh didefinisikan sebagai suatu permainan fiksyen secara interaktif dengan grafik yang statik. Di negara Barat, visual novel ini juga dirujuk sebagai sim temujanji (dating sim), kerana visual novel ini dikelaskan sebagai suatu permainan video pengembaraan (adventure games) dan bukannya permainan video simulasi (simulation games). Ini mungkin boleh mengelirukan kerana permainan sim temujanji ini turut mempunyai format yang hampir sama dengan visual novel.

Bagaimana pula cara dan kaedah permainan untuk visual novel ini? Umumnya, kaedah permainannnya adalah lebih singkat dan agak mudah jika dibandingkan dengan permainan video genre yang lain. Para pemain hanya perlu menekan butang tetikus masing-masing sambil membaca dialog ataupun teks-teks yang terpapar di skrin komputer, ataupun melihat bahan grafik latar belakang ataupun perubahan muzik dan bunyi yang berlaku.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top