Connect with us

Sinema: Kesan MACGUFFIN

Hiburan

Sinema: Kesan MACGUFFIN

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kali ini kami akan membawa anda melihat sebahagian daripada teknik penceritaan atau plot yang biasa digunakan dalam sinema Hollywood. Ini juga kadangkala boleh dipanggil sebagai trope atau elemen atau tema yang membentuk sesebuah watak dalam sesesuatu cerita atau filem atau drama.

Ingatkah anda dengan Heart of the Ocean yang pernah dinyatakan di dalam filem Titanic? Atau dengan The Rabbit’s Foot seperti yang dipaparkan di dalam sekuel popular Mission: Impossible III? Pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan elemen ini? Jika tidak, marilah kita sama-sama menyelami elemen ini yang dikenali sebagai MacGuffin Effect, atau Kesan MacGuffin.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kesan MacGuffin ini? Secara mudahnya, Kesan MacGuffin boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mudah untuk dilihat di dalam sesebuah karya fiksyen (drama, filem atau novel), namun sukar untuk diterangkan. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang telah diberikan mengenai pengertian sebenar untuk Kesan MacGuffin ini, di mana asasnya ia merupakan sesuatu yang digunakan di dalam plot (plot device) bertujuan untuk membantu menggerakkan plot tersebut dalam karya fiksyen. Apa yang penting di sini bukanlah objek atau elemen yang ditunjukkan itu, namun kesan serta motivasi yang diberikannya kepada watak dan keseluruhan jalan cerita tersebut.

Istilah MacGuffin ini telah dipopularkan oleh Alfred Hitchcock, tetapi ia sebenarnya mula-mula telah disebut oleh seorang penulis skrip British, iaitu Angus MacPhaill. Alfred Hitchcock telah menggunakan istilah MacGuffin ini di dalam penulisan skripnya bagi menggambarkan suatu objek yang menggerakkan plot, kebiasaannya disebabkan oleh keinginan watak yang ingin memiliki, melindungi, membina atau memusnahkan objek tersebut. MacGuffin ini haruslah sesuatu yang tangible, di mana elemen ini boleh dipersembahkan dalam bentuk objek, tempat mahupun individu. MacGuffin juga seringkali dianggap sebagai suatu bahan atau elemen yang penting dalam proses penceritaan sesebuah karya fiksyen. Antara contoh karya yang mengaplikasikan Kesan MacGuffin ini ialah The Maltese Falcon, sebuah filem noir klasik yang mengisahkan mengenai seorang detektif peribadi, Sam Spade serta penglibatannya dalam penyiasatan mengenai satu patung hitam bertatahkan permata. Filem ini merupakan hasil tulisan John Huston, dan turut diarahkan oleh beliau sendiri. Spade di dalam filem ini telah merujuk patung berkenaan sebagai ‘suatu barang di mana impian dibina’ di mana ia menunjukkan bagaimana impak objek berkenaan kepada perkembangan wataknya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top