Connect with us

Reviu Filem : PANDORA (2016)

Hiburan

Reviu Filem : PANDORA (2016)

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ia turut mendedahkan bagaimana kesan radiasi nuklear memberi kesan yang dahsyat, melalui adegan para pekerja Hanbyul yang terdedah dengan radiasi dibawa ke sebuah penempatan khas dan mengalami pelbagai kesan sampingan. Seperti mana filem Korea Selatan yang lain, sisi kekeluargaan, persahabatan dan patriotisme yang tinggi juga sangat tebal dalam filem ini. Adegan di mana Kang Jaehyuk mencari telefonnya meskipun dalam keadaan separa sedar semata-mata untuk mendengar khabar ahli keluarganya begitu emosional. Ia adalah gambaran tentang kasih sayang keluarga yang melangkaui kesakitan dan keperitan yang dialami.

Babak di mana para pekerja yang terdedah dengan radiasi bergerak masuk ke dalam stesen untuk berkorban demi mengelakkan kemusnahan yang lebih besar mengingatkan kami tentang babak dalam filem Armageddon. Namun, apa yang paling meruntun hati, adalah babak di mana Kang Jaehyuk mengorbankan dirinya untuk keselamatan sahabat-sahabatnya yang lain, meskipun di akhirnya dia sendiri begitu takut untuk menghadapi kematian dan bersendirian.

Filem ini mungkin merupakan sebuah filem yang berkisar tentang kemusnahan, yang biasa kita lihat seperti Train to Busan dan Deranged, namun, intipati yang ingin dipaparkan adalah bagaimana kemusnahan itu mungkin menjadi permulaan untuk sebuah kehidupan baru yang lebih baik. Kemusnahan akibat nuklear dalam filem adalah menyakitkan, sehingga mengakibatkan kematian hampir keseluruhan anggota penyelamat, pasukan perubatan serta para pekerja di stesen janakuasa tersebut. Ketidakcekapan pihak kerajaan dalam menangani masalah kemusnahan juga adalah suatu pengajaran yang boleh kita ambil dan teladani. Filem ini mempunyai kesan khas dan visual yang sangat menarik dan ia sebenarnya berbaloi untuk ditonton.

Pandora memberi pengajaran yang bererti tentang kehidupan kita semua, apa jua kemudahan yang dinikmati mempunyai harga untuk dibayar, namun, ia bukanlah penyebab untuk kita takut menerima perubahan. Setiap yang baik, ada buruknya, tetapi kita jugalah yang harus memastikan setiap keburukan itu dapat diatasi melalui keputusan yang sewajarnya. Seperti mana yang diucapkan oleh Kang Jaehyuk di pengakhiran filem ini, dia bukanlah membenci stesen janakuasa tersebut, dia hanya takut. Ketakutan terhadap sikap tidak peduli pihak atasan mengenai masalah yang berlaku dalam stesen tersebut.

“Jangan tutup mata dan telinga kita hanya kerana kita takut. Kotak Pandora telah dibuka. Meskipun banyak yang buruk dan jahat di dalamnya, bukankah terselit juga harapan di dalamnya?” (Kang Jaehyuk)

 

 

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top