Connect with us

Reviu Filem : PANDORA (2016)

Hiburan

Reviu Filem : PANDORA (2016)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apa yang berlaku apabila kotak pandora terbuka? Apakah musibah yang dibawanya? Apakah malapetaka yang akan menimpa? Melalui bahagian hiburan ini, hantaran pertama kami ini ialah tentang reviu mengenai sebuah filem dari Korea Selatan yang bertajuk Pandora.

Filem ini yang ditayangkan pada tahun 2016 agak kurang dikenali, dan ia tidak begitu popular jika dibandingkan dengan sensasi yang dibawa oleh filem Train to Busan yang juga ditayangkan pada tahun yang sama. Secara umumnya, Pandora adalah sebuah filem yang berkisar tentang kemusnahan rektor janakuasa nuklear atau meltdown di daerah bahagian selatan Korea Selatan. Filem ini secara jelasnya mengambil inspirasi daripada peristiwa kemusnahan stesen nuklear di Fukushima pada tahun 2011, dan diolah mengikut latar dan kisah yang berbeza.

Filem ini dimulakan dengan imbas kembali melalui perbualan sekumpulan kanak-kanak (yang dewasanya adalah antara mereka yang terkorban di dalam kemusnahan stesen nuklear tersebut) mengenai apakah sebenarnya stesen janakuasa nuklear yang diberi nama Hanbyul yang didirikan di tempat mereka diami itu. Salah seorang daripada mereka melihatnya sebagai sebuah periuk nasi yang besar, yang memberi makan kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut, hanya kerana abang dan ayahnya turut bekerja di stesen janakuasa berkenaan. Namun, seorang kanak-kanak perempuan berbeza pendapat dengan mengatakan bahawa ia adalah sebuah kotak yang apabila dibuka akan membawa masalah kepada semua orang, iaitu merujuk kepada kotak Pandora. Secara jelasnya, adegan pertama dalam filem ini jelas menunjukkan perbezaan pendapat antara dua golongan, iaitu mereka yang bekerja di stesen janakuasa dan mereka yang anti-nuklear, yang turut dipaparkan dalam filem ini dalam babak yang seterusnya.

Watak utama dalam filem ini, Kang Jaehyuk (dilakonkan oleh Kim Nam Gil) merupakan seorang pekerja di stesen janakuasa nuklear Hanbyul. Dia kehilangan abang dan ayahnya akibat radiasi yang diakibatkan oleh kemalangan di stesen janakuasa tersebut, dan bertekad untuk keluar daripada daerah tersebut dan mencari pekerjaan jauh daripada kawasan itu. Namun, hasratnya ditentang oleh ibu, kakak ipar, malah teman wanitanya yang turut bekerja di stesen janakuasa itu. Bagi mereka, stesen janakuasa tersebut adalah nadi yang menggerakkan dan memberi sumber pekerjaan kepada ramai anak muda di kawasan tersebut, meskipun banyak kesan buruk yang berlaku akibatnya.

 

Kisah kemusnahan bermula dengan insiden gempa bumi berukuran 6.1 skala richter, yang menyebabkan radiasi akibat kebocoran daripada cooling valve stesen tersebut. Para pekerja yang panik, enggan untuk membaiki kerosakan dan kebocoran yang berlaku, menyebabkan berlakunya kebocoran cooling valve yang lain dan seterusnya mencapai kemuncak radiasi lalu mengakibatkan letupan besar. Seorang jurutera yang bertanggungjawab dalam hal penyelenggaraan (lakonan Jung Jin Young) cuba untuk menyelesaikannya, namun setiap keputusannya ditentang oleh pihak atasan stesen Hanbyul. Elemen politik yang dipaparkan di sini menunjukkan bagaimana reaksi dan tindakan yang dilakukan oleh para menteri kabinet berhubung letupan tersebut, sehingga melangkaui keputusan yang cuba dibuat oleh Presiden.

Keseluruhannya, filem ini memaparkan sisi hitam sebuah kerajaan apabila berhadapan dengan bencana dan kemusnahan yang berlaku dalam negara, dengan setiap penduduk di seluruh ceruk negara mula melarikan diri daripada terdedah daripada sisa radiasi. Ia turut menunjukkan bagaimana tindakan dan keputusan tidak wajar yang dilakukan oleh pihak kerajaan serta pihak yang bertanggungjawab boleh memberi kesan berpanjangan kepada semua penduduk.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top