Connect with us

Tiba Tiba Jiran Jiran Dia Berbangsa Cina Datang Sejurus Selepas Habis Kenduri Doa Selamat. Apa Mereka Buat Mengejutkan Tuan Rumah

Berita

Tiba Tiba Jiran Jiran Dia Berbangsa Cina Datang Sejurus Selepas Habis Kenduri Doa Selamat. Apa Mereka Buat Mengejutkan Tuan Rumah

Hidup berjiran memang perlu saling tolong-menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dari situlah wujudnya satu kawasan kejiranan yang baik dan positif antara satu sama lain. Bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Menerusi Twitter Izzaty Masmudin, gadis tersebut berkongsi tentang jiran-jirannya yang berbangsa Cina membantu mereka mengemas khemah setelah selesai kenduri doa selamat. Untung dapat jiran macam ni!

Terharu dapat jiran macam ni

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik melalui Twitter Izzati, mendapat perhatian netizen apabila kehadiran jiran-jiran berbangsa Cina datang untuk membantu mereka sekeluarga selepas kenduri doa selamat.

Tak pernah berkira langsung

Gadis tersebut berkongsi sikap jirannya yang sering kali menolong mereka tanpa berkira langsung di samping berkongsi mengenai amalan bertukar-tukar buah tangan bersempena hari perayaan. Selepas majlis tersebut selesai, jirannya bukan sahaja kemas meja dan kerusi, malah siap tolong bungkus lauk lagi.

Orang berbudi kita berbahasa

Dia juga berkongsi mengenai sifat keikhlasan jirannya sejak mereka mula berpindah ke kawasan tersebut.

Selalu ucap good morning

Ucapan good morning merupakan detik permulaan keluarganya menegur jiran-jiran di kawasan perumahan mereka.

I know my neighbour very well

Dia juga berharap, netizen tidak membuat plot twist berkaitan threadnya kerana dia amat mengenali jiran-jirannya itu. Baginya, tidak ada sebarang masalah pun untuknya berkawan dengan bangsa lain kerana semua bangsa adalah sama.

Sumber: Izzaty Masmudin via Kualalumpur Viral

Notakaki : Harap kisah ini dijadikan teladan, tak kira bangsa atau agama. Hidup berjiran ini penting tapi min sedih bila tengok yang duduk rumah tinggi. Ada tu duduk bertahun tapi jiran depan rumah tak kenal.

Kadang kadang jiran la penyelamat kita. Tunggu apa lagi, pergi la kenal dengan jiran jiran anda .. untung untung dapat jemputan makan free hehhe!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

To Top